Cara Buat Somtam Stail Ibu Yang Mudah & Sedap. Cukup Rasa Masam, Manis Dan Pedas

Share

Tengok hidangan somtam ini terus buat kita kecur air liur. Memang jadi makanan pembuka selera.

Paling menarik, nak buat pun senang. Hiris semua bahan dan gaul je, dah siap. Tapi waktu nak gaul pastikan guna sos ini, akan cukup semua rasa tak perlu tambah garam gula. Cara membuatnya dikongsi oleh Ameera.

Somtam mangga stail ibu

  1. Ibu gunakan 4 biji mangga.

2. Sagat begini tau, nampak cantikkan. Selera bertambah tambah.

3. Masukkan udang kecil. Ibu beli dekat Perlis.

4. Bawang merah 1 biji. Potong nipis nipis.

5. Cili padi 5 biji, kalau nak pedas letak lebih. Ikut cita rasa.

6. Letakkan sos Thai ni. Kemudian gaul rata ye. Jangan letak gula dan garam dah. Sos ni semua cukup rasa. Simple kan. (Nak beli kat Shopee pun boleh. Klik SINI

)

Siap digaul. Kalau suka boleh tambah kacang tanah yang disangat dan ditumbuk.

Selamat mencuba semua.

Sumber: Ameera

 

IKLAN