Cara Buat Sotong Rebus Serai. Lauk Mudah Masak Yang Sedap, Rasa Unik & Segar

Share

Sotong rebus serai, ada juga yang panggil lauk ini singgang, masak asam atau bening. Selalu masakan begini guna ikan, sebenarnya boleh juga guna sotong.

Rasanya memang sedap dan unik ada rasa masam, manis, masin dan juga kelazatan sotong. Paling penting menu ini mudah sangat untuk dimasak. Geng diet pun sesuai sangat makan.
Kalau nak cuba buat, ikut langkah yang dikongsi oleh Syah Musafir

ini.

Cara masak sotong rebus serai, lauk paling sedap dan sedap

Saya masak sotong rebus serai, di Kelantan kami panggil begini. Ada orang panggil masakan sotong ketuk/katok serai, ada juga orang beri nama singgang sotong, masak rebus asam, masak bening. Saya tak kisah nama apa, yang penting mudah dan sedap.

  1. Bahan asas nak masak sotong rebus serai ni semestinya serai, bawang merah, bawang merah, asam keping dan juga air berserta sotong. Saya letak cili juga.

Saya pernah tengok ada orang masak letak lengkuas, halia dan bawang besar. Lain orang lain cara, lain tempat lain budaya kan..

2. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih.

3. Apabila mendidih, saya masukkan cili dan sotong, terus saya perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih.

4. Apabila mendidih, saya terus matikan api. Nampak tu sotong sudah pun masak. Tak terlebih masak, sebab kita tak nak sotong jadi liat.

Selepas matikan api, ada orang letakkan tomato. Saya tak masukkan tomato ke dalam masakan sotong rebus serai tadi. Tapi saya jadikan ulam. Makan dengan budu, kalau suka.

Masakan sotong rebus serai ni sedap dengan rasa unik serai yang segar, masam manis masin semua lengkap infused dengan rasa sotong. Masakan ringkas je tetapi rasa sedap subhanallah walhamdulillah tak terkata.

Selamat mencuba.

Sumber: Syah Musafir

 

IKLAN