Cara Buat Stiker Nama Anak Untuk Tampal Pada Buku Sekolah

Share

 

Antara rutin bila anak masuk sekolah adalah  adalah menulis nama anak pada buku. Walaupun dah seminggu, ada lagi yang belum siap tulis nama.

Kalau ada 30 buku lenguh juga tangan kan mulalah tulisan jadi tak cantik. Jadi untuk mudahkan cara ibu bapa boleh buat stiker nama anak. Modal pun tak banyak cuma beli print label saja. Boleh cuba ikut perkongsian Lyne Aziz.

Langkah 1

Beli Self-Adhesive (19mm x 50mm) (Kod: 1012). Harga di Mydin RM1.40

Langkah 2

Muat turun template berikut; pilih nama yang berkenan

Teacherhttps://drive.google.com/open…

Ejen Alihttps://drive.google.com/open…

Frozen Elsa – https://drive.google.com/open…

Frozen Anna – 4 Lines https://drive.google.com/open…

Little Pony

https://drive.google.com/open…

Spidermanhttps://drive.google.com/open…

Hello Kittyhttps://drive.google.com/open…

Langkah 3

– Edit nama guna Find and Replace (Tekan Ctrl+H).
– Tekan Ctrl+H
– Isi nama “HASLINA AZIZ” di ruangan “Find what” dan nama anak tuan/puan di ruangan “Replace with”.
– Klik “Replace All”
– Ulang step sama untuk replace nama kelas dan sekolah.

Langkah 4

– Utk tukar gambar lain


– Save gambar yang diinginkan.
– Highlight semua gambar asal, double click dan klik “Change picture”.
– Pilih gambar baru yang ingin ditukar dan tekan “Insert”

Langkah 5

Print, siap!

Hasilnya

Selamat mencuba!

Sumber: Lyne Aziz

IKLAN