Keadaan cuaca negara kita yang panas membuatkan setiap setiap kali masuk kereta perkara pertama kita buat selepas buka enjin adalah memulakan pendingin hawa atau aircond.

Kalau aircond kereta rosak memang amat merimaskan, lagi satu kos untuk baiki  juga selalunya mahal.

Namun ramai yang tak tahu ada beberapa perkara yang kita selalu lakukan rupanya jadi menyebabkan aircond kereta cepat rosak. Sebaiknya ubah tabiat ini jika tak nak duit melayang.

1) Tutup enjin kereta secara mengejut

Jadikan satu kebiasaan menutup pendingin hawa terlebih dahulu sebelum mematikan enjin. Jika tidak, semasa mahu menghidupkan enjin, pendingin hawa terpaksa bekerja secara automatik.

Ini kerana bateri akan terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan. Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi pendingin hawa.

IKLAN

Perkara Ini Selalu Kita Buat Dalam Kereta, Rupanya Boleh Buat Aircond Cepat Rosak

2) Kereta kotor

Membiarkan sampah dan kotoran dalam kereta bukan sahaja menyebabkan suasana tidak selesa, malah debu juga akan melekat secara berterusan.

Ia seterusnya memberi kesan kepada pendingin hawa memandangkan debu dan habuk yang dihasilkan akan masuk dan keluar dari penapis, sekali gus membuatkan ia lebih cepat rosak.

IKLAN
3) Buka tingkap & pasang ‘aircond’

Tabiat ini boleh menyebabkan kompresor kereta terpaksa beroperasi lebih daripada biasa. Jika tabiat ini sering dilakukan, maka tidak mustahil aircond kereta anda akan mudah mengalami kerosakan.

4) Merokok sewaktu memandu

Asap serta debu daripada rokok boleh menembusi bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut akan menyebabkan penapis menjadi cepat kotor akibat habuk.

IKLAN

Akibatnya, tahap kesejukan aircond kereta akan terganggu dan boleh menjadi tidak optimum dari yang sepatutnya.

Selain itu:  Betul Ke Isi Minyak Penuh Tangki Merugikan? Ini Penjelasan Pakar
5) Pewangi kenderaan kurang sesuai

Untuk pengetahuan, pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Apabila pewangi jenis gel terkena suhu yang sejuk, wap tersebut berubah kepada bentuk gel dan seterusnya boleh menghalang penapis dan evaporator atau cooling dalam pendingin hawa.

Sebaiknya, gunakan pewangi yang bersifat cecair untuk memastikan aircond anda tidak mudah terjejas dan rosak.

Sumber: Mstar

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI