Cara Buat Sup Daging Original Thai. Nampak Jernih Tapi Sedapnya Terangkat

Share

Selalu makan sup rempah yang biasa, kali ini cuba kita tukar pulak selera kepada sup ala Thai. Macam yang kita selalu makan di restoran Thai.

Rasa sup Thai ini yang masam-masam pedas memang syok untuk hirup. Paling penting nak membuatnya juga mudah.

Boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Ahmad Shinoda, resipi sup ori Thai ya.

Step by step masak sup daging Thai, resipi original

1. Rebus daging 300g yang dah hiris (daging tetel, guna tulang pun boleh) bersama dengan 3 inci halia tumbuk, 3 hiris lengkuas, 2 akar pokok daun ketumbar, 1 biji bawang holland kecil. Letak juga sikit kayu manis & bunga lawang.

Jangan masukkan garam sebab nanti akan letak sos ikan yang dah masin (inilah yang buat sup rasa kick). Hanya letak sesudu gula. Rebus sampai empuk, air jangan terlalu banyak ya.
2. Tumis bawang putih sampai kuning, masuk serai, bawang holland, cili padi, daun limau purut. Tumis sampai layu & wangi.

 

3. Masukkan tumisan tadi ke dalam sup bersama 1 biji  tomato yang dibelah.

4. Masukkan sos ikan 3-4 sudu & jus limau nipis 2 biji.

5. Biar 2-3 minit, tutup api & taburkan daun ketumbar.

Siap

Resipi asal: Ahmad Shinoda

IKLAN