Kalau makan kat restoren kita mesti tertanya-tanya, kenapa telur dadar yang dijual gebu dan tebal. Bila kita buat kat rumah, jadi leper saja.
Nampak macam senangkan tapi tak menjadi jugak. Kalau nak tahu untuk buat telur dadar macam ni ada bahan lain yang perlu diisi barulah menjadi. Tukang masak De Havoc berkongsi resipi dan tip untuk hasilkan telur dadar gebu, makan sepotong pun dah kenyang.
Sekiranya nak cuba buat di rumah boleh ikut cara yang dikongsi oleh De Havoc.
Ads
Bahan-bahan:
7 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit baking powder
Kicap sotong
Bawang dihiris dadu
Cili – dihiris
Ads
Cara membuat:
Campur semua bahan, pukul biasa saja tak perlu bersungguh sambil kacip gigi.
Tuang minyak dalam kuali biar betul betul panas barulah masuk bancuhan telur.
Kalau nak bersarang, masak dengan minyak yang banyak, jika untuk jualan minyaknya biasa saja.
Bila cakap tentang bersenam ramai mengeluh mengenangkan kena peruntukkan masa keluar joging, beli alat senaman atau pun pergi gim.
Tapi hakikatnya nak amalkan gaya hidup sihat taklah perlu banyak modal dan masa. Ada saja cara mudah nak bersenam tanpa keluar rumah atau pejabat pun.
Caranya buat senaman panjat atau naik tangga saja. Kelebihan senaman mudah ini punyalah banyak. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan telah senaraikan manfaatnya. Rugi sangat kalau tak buat.
“Jika anda sesak nafas setelah naik tangga 2 tingkat, anda mungkin ada masalah jantung!”
Masalah orang zaman sekarang. Tak ada masa nak bersenam dan tempat nak bersenam. Terutamanya yang tinggal di bandar-bandar. Hasilnya ramai yang ada masalah kesihatan.
Jangan risau! Ada satu senaman ringkas yang sesuai untuk orang bandar macam kau orang ni! Panjat tangga!
1. Memanjat tangga diklasifikasikan sebagai senaman berat, dan membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding berjogging.
2. Memanjat tangga ada senaman yang sesuai untuk orang bandar sentiasa yang kesuntukan masa serta tempat untuk beriadah/bersenam.
3. Memanjat tangga tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan di mana-mana bangunan.
4. Memanjat tangga di tempat kerja tidak kelihatan janggal atau seperti membuang tabiat berbanding dengan berlari-lari anak di tempat kerja.
5. Memanjat tangga lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif, jika sesuatu bangunan itu mempunyai 5 tingkat atau kurang.
6. Memanjat tangga memerlukan 8-9 kali lebih tenaga berbanding duduk, dan membakar sekitar 7 kali lebih kalori daripada menggunakan lif.
7. Memanjat 20 anak tangga bakar sekitar 3 kalori, bersamaan 0.17 kalori setiap langkah menaiki anak tangga. 1 tingkat mempunyai 17-20 anak tangga.
8. Menuruni 20 anak tangga membakar kalori pada kadar lebih rendah iaitu sekitar 1 kalori, bersamaan 0.05 kalori setiap langkah menuruni anak tangga.
9. Menuruni anak tangga bakar kurang kalori, tetapi menguatkan otot berlainan dengan otot untuk memanjat tangga. Buat keduanya baru seimbang.
10. Memanjat tangga membakar lemak pada kadar selari dengan berat badan anda. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak kalori dibakar.
11. Memanjat tangga dengan melangkau satu anak tangga pada setiap langkah tidak membakar lebih kalori berbanding memanjat setiap anak tangga.
12. Memanjat tangga 7-10 minit sehari menurunkan risiko masalah jantung, osteoporosis, kencing manis, darah tinggi dan obesiti.
13. Untuk faedah kesihatan yang optimum, buat senaman memanjat tangga 30 minit, 3 kali seminggu. Bersamaan 90 minit seminggu.
14. Memanjat tangga lebih mesra alam sekitar. Ia kurangkan pengeluaran karbon sebanyak 0.3-0.6kg CO2 sehari, melalui penjimatan tenaga operasi lif.
Ha! Dah tak ada alasan, kan?
Nota: Jika kalian ada masalah jantung atau sendi, jumpa dulu doktor sebelum nak cuba senaman panjat tangga.
Tak fikir pulak meja boleh jadi katil. Tapi dari terbiar apa salahnya ubah suai seperti yang dilakukan oleh Mohammad Dzulsyafiq.
Tak mahu meja Jepun yang tak digunakan terbuang begitu saja, dia yang bakal menimang cahaya mata mendapat idea untuk mengubah suai menjadi katil.
Hasilnya memang elok saja kejadian katilnya. Kalau ada yang nak cuba ini perkongsian dari beliau.
Meja jepun ni wife dah tak nak. Dia suruh jual. Tapi nak jual pun berapa je boleh dapat. Tapi dalam masa yg sama dia suruh extend katil sebab tak lama lagi bakal dapat anak yg baru.
Jadi kita convert je meja ni jadi platform katil single. Sebelah tu katil king. Mula-mula cabut atas dulu and letak rangka sebelah katil. Nak tengok apa yang kena modified.
Dah ambil ukuran semua. Saya extend panjang katil lebih kurang dan tambah sikit2 support mana yang perlu.
Top asal meja saya potong dan letak balik renggang-renggang supaya boleh cover panjang katil ni.
Then letak tilam single. Semua nampak ngam.
Last sekali, wife cakap nak nampak seragam. Jadi saya ambil plywood dan tampal dekat kaki katil. Then saya lekatkan laminate putih(kebetulan ada sebab beli konon nak belajar laminate kayu tapi tak sentuh-sentuh). Maka siaplah, dan ready utk kedatangan ahli keluarga yang baru.
Kari mangga? Bagi yang tak pernah dengar dan rasa, lauk ini memang ada ya. Musim buah mangga sekarang elok sangat jika cuba masakan ini.
Selalu mangga sebegini dibuat sambal, pajeri atau dimasukkan dalam gulai bersama ikan, ayam atau daging.
Cuma kari ini memang mangga semata-mata, tiada lauk ikan atau ayam di dalamnya. Kalau tak pernah rasa, boleh cuba masak. Confirm akan suka.
6-8 biji mangga atau mempelam muda -dibelah tanpa kupas kulit
4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Sesudu halba campur
4 tangkai daun kari
2 sudu rempah kari
1 sudu kunyit
2 sudu cili kisar
1. Panaskan periuk berisi minyak, tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris Bersama halia, halba serta daun kari.
2. Selepas semua layu, serbuk kunyit, rempah kari, serta cili kisar hingga pecah minyak.
3. Tuang air secukupnya kemudian masukkan mangga muda. Kacau dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Selepas kuah pekat mendidih, matikan api.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...