Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Lebih Jimat

Share

Hidangan telur masin memang penambah selera dan ia juga antara yang boleh kita boleh buat sendiri. Kalau susah nak cari telur itik boleh saja gantikan dengan telur ayam biasa.

Rasanya tetap sedap, malah lebih jimat sebab telur ayam lagi murah dan senang diperoleh. Cara membuatnya dikongsi Are Peace

. Boleh guna sepapan telur terus jika suka.

Telur masin homemade, buat guna telur ayam

Bahan-bahan

Telur ayam -30 biji
Garam kasar -1kg
Air secukupnya (agak-agak telur tenggelam)

Cara membuat:

1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk, masak atas api sehingga garam larut.

2. Sejukkan dulu baru masukkan telur ayam.

3. Rendam telur ini di tempat yang gelap selama 14 hari.

4. Cukup 14 hari, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru rebus.

PETUA: Agar telur kuning jadi warna oren, waktu peram pastikan simpan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Saya simpan salam kabinet dapur.

Selamat mencuba.

Sumber: Are Peace

IKLAN