Tempe meski boleh dijadikan macam-macam hidangan tapi yang digoreng ringkas juga paling sedap. Cuma kalau ditambah dengan bahan di bawah rasa tempe goreng akan jadi super sedap terutama bila dicicah pula dengan sambal kicap.
Cara buat tempe goreng yang super sedap
Bahan-bahan
Tempe -dipotong memanjang
Tepung beras
Tepung gandum
1 sudu jintan putih
Daun kari -digunting halus
Serbuk perasa
Garam
Cara memasak
1. Satukan tepung beras dan tepung gandum, pastikan kuantiti dua tepung adalah sama banyak.
Ads
2. Masukkan sekali jintan putih dan serbuk kunyit dan daun kari. Masukkan air, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
3. Selepas sebati, masukkan tempe. Gaul hingga adunan menyaluti tempe.
Ads
4. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga kekuningan.
Salah satu cara untuk kita menyimpan wang bagi kegunaan kemudian hari adalah dengan membuat pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ini juga antara simpanan yang berbaloi untuk kita buat.
Jika dulu ada antara kita jadikan alasan malas menghabiskan masa lama beratur di bank, cawangan ASND atau pejabat pos untuk membuka akaun, sekarang ada cara yang lebih mudah. Kini akaun ASB ini boleh dibuat secara online. Tak perlu lagi ke kaunter.
Caranya adalah seperti berikut;
1. Untuk membuat akaun ASB anda perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi myASNB.
2. Buka aplikasi myASNB dan pada paparan utama tekan Daftar sekiranya tidak punya akaun ASNB.
3. Isikan butiran untuk pendaftaran iaitu jenis kad pengenalan, no. kad pengenalan dan no. telefon bimbit.
4. Anda akan menerima no. OTP melalui SMS dan masukkan 6 digit no. OTP tersebut.
5. Seterusnya isi semua maklumat peribadi yang diminta dalam borang termasuk akaun bank. Pastikan nama pemilik akaun bank adalah sama dengan pengenalan diri anda.
6. Kemudian ada dikehendaki melengkapkan dokumen pengistiharan diri dan maklumat pekerjaan ( bagi tujuan jaringan produk yang sesuai dengan anda).
7. Seterusnya anda diminta untuk membuat pengesahan identiti iaitu
-Mengambil gambar MyKad depan dan belakang
-Rakam video swafoto bersama MyKad.
8. Selepas selesai, hantar video.
9. Sekiranya pengesahan identiti anda diluluskan anda boleh log masuk akaun MyASNB anda seperti nama pengguna, frasa keselamatan, dan kata laluan yang telah didaftarkan.
10. Selesai, anda sudah boleh memulakan pelaburan serendah RM10.
Buka bungkusan, patahkan masuk dalam mulut kemudian kunyah. Tak pun kita hisap. Ini cara biasa kita makan coklat. Rupanya salah ya. Untuk dapat khasiat makan coklat cara makannya perlu betul.
Teknik makan coklat yang betul ini dikongsi oleh Chef Amer yang juga pakar coklat.
Ini Chef Amer, seorang pakar coklat. Beliau kongsi cara makan coklat yang betul.
Rupanya salah cara kita makan cokelat selama ni. Kalau ikut cara “old school” kita;
Langkah 1 – Beli Langkah 2 – Bukak bungkusan Langkah 3 – Patahkan kecil Langkah 4 – Masuk mulut Langkah 5 – Kunyah sampai habis
Iye betul. Semudah itu cara kita, dan kerana cara kita itu lah kita tak pernah faham nikmat sebenar cokelat, dan tak pernah tahu beza cokelat yang penuh gula, yang sedap, yang mahal dan super sedap mahal.
Ini pula cara makan coklat yang betul dari Chef Amer. Nah baca perkongsian beliau.
1) Coklat ada 3 jenis. Dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate. Sebaiknya makan dark chocolate .
2) Kalau dark chocolate 99%, maknanya koko dan lemak koko tu 99%. Kalau dark chocolate 80%, maknanya koko dan lemak koko tu 80%,19% gula, 1% or less adalah lecithin, vanillin dan emulsifier.
3) Baca Bismillah, buka kotak coklat dan potong coklat. Letak coklat di tengah-tengah lidah.
4) Rapatkan lidah ke arah lelangit dan biarkan coklat melt sendiri dengan suhu badan kita sehingga coklat memenuhi ruangan lidah. Jadi semua rasa coklat akan bercampur. Masam, masin, pahit semuanya.
5) Kemudian barulah signal akan dihantar ke otak dan endorphins dirembeskan. Kita rasa lebih tenang dan bahagia.
6) Jangan main ngap, kunyah dan telan sahaja. Rugi makan coklat gaya gini. Tapi kalau ada kacang, kunyah lah. Kalau tak, sampai setahun pun kacang tu tak lumat. Tercekik pula nanti.
7) Kalau masa coklat melt tu ada rasa ketul-ketul, maknanya koko tidak betul-betul fine. Kalau mulut rasa berminyak, maknanya butter yang digunakan dalam pembuatan coklat itu butter murah.
Kebiasaannya kita guna petroleum jelly atau jenama yang popular Vaseline untuk rawatan kulit yang kering.
Disebabkan hanya tahu itu saja fungsinya maka produk ini punyalah lama tersimpan, sampai expired.
Yang sebenarnya petroleum jelly ini ada banyak sangat kegunaan lain dalam kehidupan seharian kita. Bukan untuk kecantikan saja tapi untuk kegunaan rumah juga.
Ini adalah sebahagian dari 25 kegunaannya yang ramai tak tahu.
1. Tambah kilat pada gincu jenis matte. Campurkan gincu dan Vaseline pada belakang tangan dan oles pada bibir.
2. Elak gincu melekat pada gigi. Hanya sapu nipis Vaseline pada gigi depan sebelum mengenakan gincu.
3. Buang kulit mati pada bibir. Sapu tebal pada bibir, biarkan beberapa minit. Kemudian skrub bibir dengan berus gigi yang lembut dan bersih. Bilas.
4. Kemaskan kening yang berterabur. Sapukan sikit Vaseline pada bulu kening dan ia akan kemas dan berkilat.
5. Panjangkan dan lentikkan bulu mata. menggunakan berus maskara yang dibersihkan, sapu pada bulu mata sebelum tidur.
6. Serlahkan pipi. Sapukan sedikit jelly ini pada pipi sebelum menyapu pemerah pipi. Boleh juga sapu pada kelopak mata sebelum menyapu eye shadow untuk kesan lebih berkilat.
7. Keluarkan cincin yang tersekat. Sapukan vaseline menggunakan cotton bud, kemudian tolak ke depan dan kebelakang sehingga cincin dapat dikeluarkan dari jari.
8. Rawat jaket kulit. Jika ada bahagian pada jaket yang kelihatan kering sapu Vaseline pada bahagian tersebut. Kemudian lap kembali.
9. Hapus kaki berbau. Jika terasa kaki ada bau yang kurang menyenangkan, sapu Vaseline dan biarkan selama 15 minit. Kemudian lap dengan tisu atau kain kering.
10. Elak ruam lampin. Sapu pada bahagian punggung atau celah peha bayi sebelum mengenakan lampin.
11. Hindari rasa panas selepas bercukur. Terlebih dahulu, masukkan Vaseline dalam peti sejuk. Selepas bercukur sapu Vaseline yang sejuk ini pada bahagian terbabir.
12. Rambut bersinar. Sapukan Vaseline pada rambut paling atas untuk nampak lebih bersinar dan mengelakkan rambut bercabang.
13. Hindari syampu masuk mata bayi waktu mandi. Letakkan Vaseline pada bahagian kening dan syampu akan terhindar memasuki bahagian mata.
14. Buang gula-gula getah pada rambut. Sapukan pada rambut yang terkena gula-gula getah dan usap sehingga ia tertanggal.
15. Kulit kepala gatal. Urut Vaseline pada kulit kepala untuk mengurangkan kegatalan akibat kelemumur.
16. Elak kesan pewarna rambut pada kening. Ketika warnakan rambut di rumah, sapukan Vaseline pada sekeliling kepala untuk mengelakkan pewarna rambut melekat pada kening.
17. Kurangkan kesan calar pada perabot kayu. Sapukan Vaseline pada perabot yang ada kesan calar akibat terkena cincin atau gelang. Biarkan selama 24 jam, kemudian sapu dan kilatkan.
18. Buang gula-gula getah pada kayu. Sapu Vaseline pada gula-gula getah yang melekat ini sehingga ia terpisah dari kayu.
19. Buang kesan lilin. Sapu Vaseline pada sekeliling kesan lilin dan biar seketika. Selepas itu lap menggunakan tisu atau kain.
20. Elak pintu berbunyi. Letak sedikit vaseline pada ensel untuk mengelakkan ia berbunyi.
21. Buka mangga pintu yang ketat. Sapu pada anak kunci dan cuba buka, insya-Allah ia akan dibuka dengan mudah.
22. Hilangkan siku atau lutut yang hitam. Sapu Vaseline pada bahagian yang hitam ini setiap hari.
23. Minyak wangi tahan lama. Sebelum pakai minyak wangi, sapukan Vaseline pada tangan dan leher kemudian barulah sembur.
24. Kecutkan jerawat. Kalau tiada ubat jerawat sapu sedikit Vaseline pada untuk meredakan kemerahannya.
25. Rawat luka ringan. Sapu pada luka kecil untuk cepat sembuh. Ia melembapkan bahagian luka selain mengelakkannya terkena kotoran supaya tidak terkena jangkitan.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...