Kebiasaannya kita akan membuat kabinet tertutup di bahagian dapur untuk menyimpan pelbagai barangan.
Namun begitu, usah risau bagi mereka yang tiada kabinet dapur kerana idea dari Puan Ana Sakura boleh digunakan bagi memastikan ruang dapur sentiasa kemas hanya dengan menggunakan meja lipat.
Penstoran tanpa guna kabinet dapur tutup.
Bukan sahaja jimat bajet terutama yang duduk rumah sewa, tetapi juga cantik dengan kombinasi aksesori yang sangat berbaloi.
DEKORASI DAPUR TANPA KABINET
Aksesori tambahan:
– Letak wallpaper yang kalis air seperti pvc wallpaper, material keras dan berkilat. Boleh cari di shoppe.
– Letak shelf tanpa L sesiku yang boleh dibeli di Ikea pada harga RM59
– Kombinasi warna mestilah tidak lebih dari 3 pilihan warna supaya warna diblend cantik dan tidak nampak serabut
– Gunakan bidai jenis zebra blind yang dibeli pada harga RM59
Ads
– Bahagian skirting juga memainkan peranan, untuk kelihatan lebih kemas
– Pokok hiasan, bingkai gambar dan organizer box beli di kedai ECO
– Untuk labelling pula boleh tempah di shoppe atau beli sticker saja
Hidayah Allah akan diterima kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA. Sebagai hamba, kita berdoa supaya Allah menganugerahi kita hidayah kerana itulah salah satu cara untuk mendapat balasan syurga.
Pencetus Ummah Amin (PU Amin) di instagram telah memuat naik gambar bersama penyanyi dangdut tersohor suatu ketika dulu, Iwan. Penampilan Iwan pada hari ini amat berbeza. Selesa berserban dan berjubah sahaja.
Dalam kapsyen, PU Amin menulis lirik lagu Iwan yang bertajuk Solatlah Dulu.
Namun yang lebih menarik untuk dibaca ialah kisah hidup Iwan yang diceritakan secara ringkas.
“Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah..
Tunggu sebentar solatlah dulu
Rapat-rapatkan dan luruskan safmu
Takbiratul ihram bersama imam
Ikut cara Rasulullah….”
LEGEND Iwan DangDut . Dia punya kaya payah nak cerita la . Dulu sebulan dia ada 20 konsert , satu malam konsert 2 jam 3 jam dia punya jualan tiket 1 juta lebih . Dia kata tidur atas duit , makan sebelah duit , dalam jamban ada duit..
Tapi masih tak cukup . Duit berjuta juta , tapi tak tenang , tak puas , dah kaya nak nama pulak , dah ada semua , tetap tak tenang tenang , bahagia tak jumpa..
Kata dia rupanya Allah jauh dengan dia . Dia sujud . Baru rasa tenang . Dia jauhkan diri dari harap puji pujian manusia . Dia uzlah . Dia ziarah . Dia sedekah . Duit dia infaq pada yang memerlukan . Harta dia untuk jalan Allah . Hidup atas jalan dakwah . Dua Rakaat Semua Masalah Selesai . Dia istiqamah..
TQ abg iwan teman makan asam pedas ikan sembilang ❤️❤️❤️
VK paling ingat lagu Iwan yang bertajuk Wulan. Zaman tu memang hits sungguh lagu-lagu Iwan ni. Tahap popular Iwan masa tu kalau boleh disamakan macam penyanyi Hael Husaini kot. Sana sini orang kenal. Tapi perubahan Iwan ni sungguh menyejukkan hati. Alangkah bagusnya dia infaqkan harta ke jalan Allah. Semoga Iwan bertemu dengan apa yang dicari. Amin.
Bil elektrik naik atau makin mahal, ini adalah keluhan ramai ketika ini. Dalam masa yang sama ramai juga berusaha untuk menurunkan bil elektrik demi menjimatkan bajet.
Salah seorangnya adalah @Airinsuhaniz, beliau berkongsi kejayaannya menurunkan bil elektrik rumahnya hanya dengan satu langkah mudah iaitu menutup suis mesin penapis air setiap malam.
Menurut perkongsian pengguna @Airinsuhaniz, dia mengambil langkah mematikan suis mesin tersebut dari pukul 11 malam sehingga 12 tengah hari keesokan harinya.
Katanya, hasil diperolehi adalah bil elektrik bulanan rumahnya berkurangan sebanyak RM100 berbanding bulan sebelum.
“Nampak gaya berhasil juga saya nak turunkan bil elektrik rumah. Saya tutup ‘plug’ Coway setiap malam dari 11 malam sehingga 12 tengah hari keesokannya.
“Adalah jugak pengurangan RM100 dari bulan lepas,” tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial Threads
Perkongsian Airinsuhaniz turut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen dan ada yang turut berkongsi kaedah mereka mengurangkan penggunaan elektrik di rumah masing-masing.
Menurut @tramnsr, beliau mempraktikkan cara yang sama pada bulan ini, tutup suis penapis air sehingga 9 pagi selain TV di samping menggunakan timer untuk aircon dari jam 8 pm hingga 5 a.m. Hasilnya dari kebiasaan bil RM250, namun setakat pertengahan bulan bila baru mencecah RM90.
Turut berkongsi tip adalah @ned__na yang menyenaraikan caranya
-Penapis air tutup suis bila tak digunakan
-Setiap hari basuh baju & guna dryer
-Hari-hari buka aircond tapi suhu 28 saja tapi dan on kipas
-Guna air purifier 12 jam saja -auto cut off
-Tutup suis TV
-Peti ais & wifi sentiasa pasang
Bil bulanan RM80-100, isi rumah 4 orang
Selain itu @masz_masryiah turut berjaya buat penjimatan bil elektrik dengan menutup suis penapis air bermula jam 10 mlm hingga 7 pagi. Lampu tutup semua, cuci pakaian dan dryer baju 2 hari sekali.
@are_nym08 juga mempraktik yang sama selain menutup suis penapis air beliau juga hanya membasuh pakaian 2 kali seminggu selain menggunakan aircond dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam dan pada masa yang sama semua segala suis akan dicabut jika tak digunakan. Hasilnya bil elektrik turun dari RM150 ke RM80 pada mula lepas.
Demikian juga perkongsian @ummi_annur_humaira, katanya pada tahun 2024 bil elektrik selalu RM200 ke atas, beliau kemudian mempraktikkan tip cabut plug-plug yang tak nak guna seperti TV, periuk elektrik, kipas dan sebagainya. Cara ini berjaya menurunkan bil elektrik hingga RM 130 – RM160.
Rumput dan lalang yang tumbuh antara masalah bagi yang suka berkebun atau ada kawasan lapang di rumah.
Supaya tak sakit mata memandang kita kena habiskan masa dan wang untuk potong atau meracun rumput dan lalang ini. Jika kita selalu buat rutin ini apa kata ikut pula kaedah yang dikongsi oleh Akmal Al Yahya.
Rupanya ada teknik mudah untuk kawal rumput dan lalang ini dari tumbuh, caranya cuma guna kotak dan kertas rincih yang boleh kita peroleh secara percuma. Langkahnya boleh ikut perkongsian Encik Akmal ini.
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal.
Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih, inspirasi dari Amalan Permaculture yang dilakukan ini kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal.
Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa.
Sebelum itu gemburkan tanah sedikit dan ratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah.
Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah.
Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar.
Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih. Tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula dialihkan ke dalam plot tayar terpakai.
Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos.
Lapisan sungkup ini akan membantu kami di tanah untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini.
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar.
Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing.
Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini. Setiap minggu timbunan kompos ini akan dibolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Untuk lebih jelas boleh juga tonton video ini.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh klik di SINI.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...