Hidangan tempe memang kegemaran ramai, bukan anak Jawa saja. Macam macam menu boleh dibuat dengan tempe ini, dan ia tetap sedap. Jika selalu beli siap, kita juga sebenarnya boleh buat sendiri tempe ini di rumah.
Penyediaannya juga taklah susah mana, malah kalau dah mahir boleh dijadikan bahan jualan dari rumah saja. Bagi yang nak cuba buat tempe homemade boleh ikut perkongsian Norlaila Dlaila. Gerenti jadi katanya.
Bagi memastikan ikan yang ditangkap di laut kekal segar seperti yang diinginkan oleh pembeli, ada pihak yang sanggup menggunakan bahan yang berbahaya.
Antaranya dengan menggunakan pengawet yang boleh menjadi penggalak kanser untuk ikan iaitu formalin. Kita yang tidak tahu apa-apa bila nampak ikan segar terus beli tanpa menyedari bahaya yang terselindung.
Supaya tidak terbeli ikan yang diawet dengan bahan berbahaya ini, Puan Asmah Cem yang juga pembekal ikan dan pernah menjadi penyelidik kimia berkongsi tip bagi mengenal pasti ikan yang diawet dengan formalin.
Disebabkan ramai yang belum tahu tip mengenal pasti ikan yang dah diawet dengan formalin, maka saya cuba explain based on pengalaman saya sebagai pemborong/peniaga ikan dan penyelidik kimia (Bersara).
Formalin terdiri daripada formaldehyde yang dicairkan. Mengikut kajian International Agency for Research on Cancer (IARC), formalin bersifat carcinogenic (penggalak kanser).
Kegunaan formalin adalah untuk mengawet mayat dan specimen di hospital, pengawet pada cat, kaca, perabot dan pelbagai bahan polimer dalam industri.
Penyalahgunaan formalin sangat berleluasa di Asia sehinggakan mee kuning, tauhu dan ikan masin pun diletakkan formalin supaya tahan lama. Lebih-lebih lagi barang basah seperti hasil laut yang mudah rosak.
Di Malaysia, kita hanya perlu bimbang kepada hasil laut yang dibawa dari luar negara dan ikan-kan hasil tangkapan Laut Dalam menggunakan bot C2 (bot besar) yang berada di laut 1-2 minggu untuk mendapatkan bertan-tan hasil laut yang berkemungkinan diawet dengan formalin.
Jadi bagaimana nak kenal ikan yang diawet dengan formalin? Beberapa ciri berikut boleh dilihat dengan mata kasar:
1) Kulit ikan berkedut/ tidak licin/ tidak berkilat.
2) Mata ikan cengkung/masuk ke dalam soket mata. (ikan berformalin tidak semestinya bermata merah).
3) Insang ikan pucat berwarna coklat cair dan tidak merah.
4) Sisik ikan mudah tertanggal dari badan (ikan bersisik seperti merah/jenahak/senangin dan lain-lain).
5) Ikan kelihatan keras, tapi bila disiang perutnya sudah hitam dan busuk.
6) Isi ikan putih pucat, tiada darah mengalir ketika dipotong slice (ikan besar seperti tenggiri dan lain-lain).
7) Ikan boleh diletakkan di atas meja jualan dengan penggunaan ais minima. Badan ikan/seafood tetap kekal keras dari pagi ke petang (ikan tidak berpengawet perlu diletakkan dlm tong ais untuk mengekalkan kesegarannya). Lalat dan kucing kurang berminat dengan ikan berpengawet walaupun diletakkan di tempat terbuka.
9) Bau – cuba cium bau ikan/seafood yang ingin dibeli. Seafood segar berbau laut. Jika ada bau kuat menyengat, sah ada formalin.
10) Selepas dibersihkan, ikan yang sudah diawet tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama di dalam peti ais. Ikan tersebut akan kehilangan rasa, isi mudah hancur, dan cepat busuk.
Tip paling mudah, boleh tanya saja kepada penjual, “ikan bot balik hari ke ni bang? jeti mana?” si abang Bangladesh mungkin memberikan senyuman terindah sebagai jawapan.
Hakikatnya, hanya sebahagian kecil peniaga sahaja yang sanggup menjual ikan dari bot balik hari kerana kos operasi yg tinggi. Salah satunya Tropika Freshmart di Bangi.
Seafood di Tropika Freshmart telah dijadikan bahan research di beberapa research institute dan terjamin bebas formalin.
Jika tiada pilihan dan terpaksa beli ikan tidak segar yang dikhuatiri mengandungi formalin? Guna tips ini.
-Selepas membersihkan ikan, rendam dengan 10% larutan cuka bersama air selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan bersih.
Mengikut kajian, kaedah ini boleh mengurangkan kandungan formalin sebanyak 0.109 microgram/ml.
Akhir kata, hidangkan makanan yang sihat dan selamat untuk keluarga tersayang. Jauhi formalin kerana ianya memudaratkan kesihatan.
Sekian dari makcik penjual ikan.
Asmah Chem,
Tropika Freshmart Bangi
(Pembekal hasil laut bebas formalin)
Hidangan laksam popular di pantai Timur tapi ramai saja dari negeri lain yang gemarkannya. Jika anda peminat hidangan ini dan tak puas makan di kedai, boleh cuba buat sendiri laksam ini.
Untuk mudah, boleh ikut resipi lengkap yang dikongsi oleh Ameera. Cara masak dari kuah, laksam hingga sambal dan penyediaan sayur.
Bahan-bahan
8 ekor ikan kembung – rebus dan tos airnya
Bahan kisar
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Bahan lain
2 batang serai-diketuk
Asam keping
Lada hitam
Garam & gula secukupnya
1 kotak santan 200ml
1. Kisar ikan rebus tadi. Nak senang boleh kisar kesemuanya tanpa asing tulang. Kisar sampai hancur.
2. Kemudian tuang ikan kisar dan tapis. Ketepikan.
3. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Jangan letak minyak.
4. Masukkan serai dan asam keping. Masak sekejap.
5. Masukkan lada hitam dan tuang ikan yang dikisar tadi.
6. Tuang santan 1 kotak 200 ml. Tambah garam, gula secukupnya.Jangan masak lama santan takut pecah minyak. Tak cantik kuah.
7. Macam ni dah siap.
Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras (3 gajah)
Air 4 cawan.
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1. Bancuh tepung dengan air, memang cair tau. Jangan risau.
2. Masukkan garam. Gaul rata dan boleh letak dalam bekas.
3. Panaskan periuk kukus. Boleh guna penutup Tupperware, pinggan atau tudung periuk, janji leper (sediakan lebih dari satu). Tuang bancuhan rata.
4. Kukus. Bila nampak dah menggelembung itu tanda dah masak. Boleh keluarkan. Tuang bancuhan pada bekas penutup lain dan kukus.
5. Laksam yang dah masak tadi boleh gulung dan asingkan. Ulang sampai tepung tadi habis.
Bahan-bahan
Cili padi- kepedasan
Garam 1 sudu kecil
Gula 1 sudu makan
4 biji limau kasturi
Cara membuat:
Kacang panjang
Bunga kantan
Taugeh
Timun
Kobis
Bawang
Hiris semua bahan ini dan letak dalam bekas.
1.Boleh hidang kuah, laksam, sambal dan sayur.
2.Kerat laksam, masukkan dalam pinggan. Tuang kuah, letak sayur dan sambal.
Jambangan bunga yang cantik memang akan menyerikan kediaman. Tapi harga untuk jambangan bunga yang siap digubah bukan murah, beratus-ratus ringgit bergantung pada gubahannya.
Sebab itu kalau nak jimat kita kenalah belajar gubah sendiri. Sebenarnya cara menggubahnya tak susah. Boleh ikut perkongsian Zaza Zalina. Gubahan yang diajar cukup simple tapi cantik confirm korang yang ‘keras’ tangan pun boleh buat.
1. Letakkan span dalam pasu. Jika pasu besar, sumbat kertas di dalam dan letak span di atasnya.
2. Kemudian lekatkan lumut hiasan di atas permukaan span. Gunakan gam atau glue gun.
3. Bengkokkan bunga orkid pastikan ketingiannya sama kemudian cucukpada span. Selepas itu cucuk pula buluh di sebelahnya dan ikat dengan dawai agar kedudukan bunga lebih kukuh.
4. Cara ikat dan susun bunga boleh lihat pada gambar.
5. Hias bahagian bawah dengan daun & lumut hiasan mengikut kreativiti.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...