Cara Buat Terung Goreng Crispy, Lauk Terung Lain Sikit. Memang Sedap & Rangup

Share

Gulai terung, pajeri, sambal, bakar semua dah buat. Ini satu lagi masakan berasaskan terung yang boleh kita cuba. Terung goreng crispy, resipi ini lain sikit tapi yang pasti sedap dan rangup.

Yang tak minat makan terung pun akan jadi suka, tak mustahil anak-anak pun akan suka makan terung lepas cuba terung goreng crispy ni. Cara membuatnya dikongsi oleh Zaharah Mazrul.

Cara buat terung goreng crispy

Ada peminat terung di sini? Kalau ada kita geng. Jom kita pelbagaikan menu terung, goreng macam ni memang sedap.

Bahan-bahan
Terung
Garam
Tepung Bestari (pedas)
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat
1. Basuh bersih terung kemudian potong terung macam dalam gambar, potong memanjang tapi jangan putus.

2. Kemudian tabur/sapu garam halus sikit pada setiap terung. Perap dalam 10 minit.

3. Selepas perap air akan keluar dari terung, lap dengan tisu supata kering sedikit.

4. Seterusnya celup terung dalam tepung Bestari dan goreng dalam minyak yang dipanaskan terlebih dahulu.

5. Angkat dan tos bila terung sudah garing. Boleh dijadikan lauk, nak makan begitu saja pun sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Zaharah Mazrul.

IKLAN