Ramai yang sangka nak tanam pokok cili hanya kena guna biji benih saja. Tapi rupanya ada cara yang lagi mudah.
Tanam dari keratan pucuk pun boleh sebenarnya. Kelebihan tanam melalui kaedah ini pokok lebih cepat berbuah kerana ranting dah matang.
Caranya;
1. Cari pucuk pokok cili yang agak keras sikit.
2. Kemudian potong pucuk bersama dengan separuh daunnya. Boleh cucuk terus keratan dalam bekas semaian.
3. Jika ada penggalak akar boleh celup dulu sebelum tanam. Atau boleh juga dengan mengoles bawang merah yang dipotong pada bahagian keratan untuk menggalakkan pertumbuhan akar.
4. Selepas semai pucuk, letakkan di tempat teduh hingga keluar akar dan pucuk baru berserta buah.
5. Jangan lupa siram setiap hari atau 2 ke 3 hari sekali.
6. Bila pokok nampak kukuh, stabil boleh alih ke pasu yang lebih besar.
Pati kurma ini antara stok yang wajib kita buat untuk persediaan sahur di bulan Ramadan nanti. Terutama untuk yang mahu hidangan sahur mudah tapi mengenyangkan serta mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan.
Bila dah ada pati kurma ini senang kerja, bancuh saja dengan susu dan bole terus minum. Hidangan mudah ini sebenarnya dah cukup untuk kita bertahan sampai waktu berbuka. Kalau terlewat bangun pun masih boleh bersahur dengan mudah.
Berikut adalah cara untuk membuat pati kurma dikongsi oleh Nadiah Latfi.
1. Sediakan kurma, buang biji & basuh kurma
2. Kukus kurma tadi sehingga 20 minit.
3. Kemudian kisar kurma yang telah dikukus sampai hancur.
4. Masukkan pati kurma yang hancur ini dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.
5. Cara penyediaan campurkan 2 sudu pati kurma & susu (jenis susu ikut cita rasa).
6. Sedia untuk diminum. Boleh juga dicampur dengan madu, badam, kismis dan sebagainya. Minum ini saja pun dah cukup untuk bertahan sampai berbuka dalam masa yang sama boleh kurus.
Solat tarawih antara keistimewaan di bulan Ramadan. Hukum solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.
Meski ramai yang mengerjakannya di masjid namun tak semua berpeluang untuk turut serta kerana tanggungjawab pekerjaan dan juga keluarga di rumah. Namun itu bukanlah halangan untuk kita tidak menunaikannya.
Kita boleh saja menunaikan solat sunat tarawih yang banyak ganjaran pahala ini di rumah secara sendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga.
Berikut adalah panduan untuk menunaikan solat tarawih secara bersendirian atau berjemaah di rumah.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.
Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain. Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.
Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.
Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih. Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati. Pendek atau panjang terpulang.
Namun sebagai panduan, boleh saja membaca surah-surah biasa berikut selepas Al-Fatihah,:
Biasanya selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir. Doa tersebut adalah seperti di bawah:
Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksudnya: Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.
Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).
Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:
Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala
2. Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:
Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.
Selesai tiga rakaat solat sunat witir maka lengkaplah solat sunat tarawih.
Semoga kita beroleh ganjaran mengerjakannya pada bulan Ramadan nanti.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...