Cara Delete Memory Phone Yang Tak Perlu Supaya Handphone Kita Jadi Laju & Tak ‘Hang’ Lagi

Share

Masalah handphone selalu hang dan lembap memang buat kita stress. Tambah pula ia berlaku waktu kita nak buat urusan penting.

Salah satu puncanya mungkin sebab banyak sangat file yang tak perlu masih tersimpan dalam phone hingga jadi berat.

Bagi melancarkan fungsi handphone, file ini perlu kita clear. Caranya, boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Hafizi Zain

.

Cara delete file tak perlu dalam phone

1. Pergi ke bahagian Setting.

2. Cari ‘Apps’ dan klik di situ. Nanti akan keluar semua Apps yang kita download dalam handphone.

3. Klik bahagian tepi tiga garisan.

4. Selepas itu akan keluar senarai ini. Pilih sort by size. Nanti akan keluar saiz mana paling besar akan ada atas sekali.

5. Pilih mana-mana Apps yang nak kita clear, contoh klik Facebook.

6. Bila keluar senarai ini dan klik Storage.
7. Nanti akan terpapar file cache yang memakan banyak memory. Macam di Facebook ini ada 520MB file yang tak perlu. Tekan clear cache di bahagian bawah.

8. Selepas tekan, cache akan jadi 0. Ulang semula langkah ini pada apps lain untuk clear kan file tak perlu supaya handphone kita jadi lebih laju.

Boleh juga tonton tutorial ini dalam video TikTok beliau.

@hafizi.zain Jom ‘clear’ kan memory phone yang tak perlu. Baru phone jadi laju. #share #tiktokguru #viral #foryou #hafizizain #tiktokmalaysia ♬ Epic Music(842228) – Pavel
IKLAN