Puasa dalam masa yang sama sekarang cuaca pun panas daripada biasa. Bagi yang banyak bekerja di luar terdedah kepada panas dah tentu mudah sangat berasa haus.
Walaupun dah minum banyak air waktu berbuka dan sahur tapi tetap terasa. Lagi pun jika minum banyak air asyik keluar masuk bilik air saja.
Bagi mengurangkan rasa haus di siang hari letih dan dehidrasi, boleh gunakan cara yang dikongsi oleh DrRizal Abu Bakar. Caranya dengan mengambil secubit garam celtic.
Cara elak haus, letih ketika puasa, dan pastikan tubuh tak alami dehidrasi
– Letak secubit Celtic salt dalam segelas air suam.
– Kacau dan minum masa sahur. Nanti kuranglah keluar masuk tandas buang air kecil.
Ads
– Cara lain ambil sebutir kecil garam celtic, kemam sebentar dan teguk air.
Nampak biasa tapi kesannya luar biasa. Kedua-dua cara di atas bagus untuk dipraktikkan.
Ads
Khasiat garam celtic
Ads
-Seimbangkan elektrolit dalam tubuh
-Tingkatkan hidrasi
-Cegah dehidrasi
-Boost prestasi fizikal
-Tingkakan penyerapan nutrien hingga 7%
-Bantu sihatkan sistem usus
-Bantu turunkan tekanan darah tinggi
Bagaimana garam celtic berfungsi
Memetik info dalam laman web neuroversiti.com garam celtic ini termasuk kategori LEAST PROCESSED SALT. Dalam garam ini terdapat satu unsur penting iaitu magnesium. Magnesium inilah yang akan menyerap sebanyak mungkin air untuk hidrasikan sel dalam tubuh.
Berseri laman dihias dengan pokok bunga ros atau mawar. Bukan sekadar cantik, bau pun harum.
Tapi biasa terjadi bila tanam pokok ros, bunga yang keluar tak banyak, sekadar boleh kira dengan jari. Sampai kita ternanti-nanti bila nak berbunga lagi.
Jika pokok bunga ros tak berbunga lebat, boleh ikut petua yang dikongsi oleh Puan Nozi Abdul Ghani. Petua mudah, tapi sekali berbunga 50 kuntum. Meriah!
Hari ni saya share tip pokok bunga ros sentiasa berbunga tak putus. Caranya;
1. Bila basuh beras, simpan airnya. Apabila keluarkan ikan dari freezer untuk dimasak rendam dalam air beras tadi.
2. Kulit bawang yang dikupas untuk masakan juga boleh masukkan sekali dalam air beras tadi.
3. Siram pokok ros setiap hari menggunakan air ini.
Alhamdulillah tak pernah pakai baja selain selain air ini. Sekali berbunga 50 kuntum.
Ubat gegat selalu kita gunakan untuk elak serangga dalam rumah. Selalu kita letak dalam dalam almari, stor, kabinet, bilik air dan sebagainya.
Tapi rupanya boleh juga digunakan untuk halau serangan perosak tanaman. Cara ini dicuba oleh Azmi Amin. Ujarnya cara ini diperoleh daripada sahabat di sosial media beliau yang menyatakan kebun di negara jiran kita ada menggunakan ubat gegat untuk menghalau serangga perosak. Berikut adalah perkongsian beliau.
Telur burung ke? Bukanlah, ubat gegat. Ya ubat gegat. Ubat gegat yang letak dalam almari baju atau tandas tu ke? Ya yang itulah.
Kenapa letak dalam botol, pas tu gantung kat kebun pulak? Ceritanya macam ni, baru ni, saya ada posting artikel tentang asap bekas telur untuk halau serangga.
Ada ramai yang komen dan share, tapi ada satu komen yang mencabar paradigma saya hingga teranjak untuk saya mencubanya.
Komen sahabat FB saya katanya, ada kebun di Siam yg guna ubat gegat untuk halau serangga perosak tanaman, jadi tergerak hati dan fikiran saya untuk mengimplimentasikan nya di kebun saya.
Hakikatnya, ubat gegat itu dicipta untuk menghalau serangga di rumah, bermakna serangga di luar pun ia boleh halau juga, logik kan?
Apa-apapun, saya kena cuba dulu dan kosnya tak mahal sangat.
Cuma letak beberapa ketul ubat gegat dalam botol yang dilubangkan. Kemudian gantung berdekatan dengan tanaman.
Caranya rasanya lebih sesuai untuk tanaman berskala kecil.
Kebanyakan kita menentukan kiblat solat di rumah menggunakan applikasi yang kita muat turun di telefon bimbit. Tapi ada kemungkinan juga ia tidak tepat, arah boleh boleh berubah-ubah akibat ganguan medan eloktromagnet di rumah yang ada banyak logam.
Justeru supaya solat kita berkiblatkan Kaabah, bukan tempat lain ada baiknya kita menyerahkan urusan ini kepada orang yang pakar. Ramai tak tahu sebenarnya kita boleh memanggil ahli falak ke rumah untuk menentukan arah kiblat secara tepat.
Puan Ara Sara berkongsi pengalamannya menggunakan khidmat ini. Kos pun tak mahal cuma RM50 saja.
Semasa saya nak solat di hospital Johor tempoh hari, adik saya tegur. Dia kata ukuran kiblat kalau terpesong 1 darjah, akan menyebabkan pesongan 122 kilometer dari kedudukan sebenar Kaabah. Adik saya suruh install Qalby Apps by Mizz Nina.
Balik Putrajaya, saya tengok arah kiblat saya selama ini dengan aplikasi kiblah berbeza. Saya tinggikan handphone satu kaki dari lantai. Jarum kiblat di telefon bimbit berubah-ubah kerana diganggu medan elektromagnet. Oleh kerana dalam rumah saya ada banyak logam, arah kompas tidak jitu.
Kalau bermusafir, boleh la saya guna aplikasi sebagai alternatif. Tetapi untuk rumah sendiri, sudah tentu saya mahu sistem teodolit yang mempunyai tahap ketepatan yang tinggi. Takut orang solat berkiblatkan Mekah, saya menyongsang ke Baitulmuqaddis.
Saya terus cari ahli falak untuk tentukan hala kiblat melalui pencerapan matahari. Cahaya masuk rumah saya pukul 9 pagi hingga 6 petang. Dia tak ukur pukul 12 hingga 2 petang sebab bayang-bayang menjadi pendek.
Pukul 3 petang, ahli falak datang dengan uniformnya. Dia bawa pelbagai equipment, tablet, dan tangga. Excited saya tengok dia buat kerja. Macam kaji kosmo fiqah. Terasa kehebatan tamadun Islam dalam ilmu astronomi.
Furqan terkinja-kinja tengok laser. Semasa ahli falak sedang tampal stiker di siling, Furqan lari terlanggar lampu dia. Dengan sabarnya dia setting balik.
Setelah selesai, ahli falak lukis anak panah dan kordinat di atas kertas, berpandukan jubin. Kertas ni boleh jadi rujukan untuk bilik lain. Saya photostat kertas ni untuk diberi kepada jiran yang kedudukan rumahnya di atas dan di bawah rumah saya.
Hasil ukuran, kiblat yang ditentukan berada di tengah-tengah antara kiblat asal saya dan kiblat aplikasi. Kos keseluruhan RM50.
INFO: Bermula 1 Jun 2021 kadar baru bayaran kiblat akan dinaikkan dari RM50 ke RM70 – 1 Stiker Utama dan 1 Stiker Tambahan akan ditampal di siling rumah).
• Untuk Selangor, isi form dalam Facebook https://www.facebook.com/1545826402395030/posts/2746263022351356/
• Persatuan ini diuruskan oleh pejabat mufti negeri masing-masing.
• Untuk yang guna kompas, arah kiblat 292°. Selebihnya serah kepada Allah. Islam itu mudah.
• Untuk semakan sendiri di rumah, boleh buat ketika istiwa adzam. Ketika ini kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah, pada jam 12.16 tengah hari waktu Makkah. Fenenoma ini berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei, 5.16 petang dan 16 Julai, 5.28 petang waktu Malaysia. Dengan berpandukan tiang yang tegak, arah bayang mesti lurus dengan saf.
•Putrajaya: https://wa.me/60193623578?text=Farhan
•JohorBharu: https://wa.me/60197566385?text=Asri
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...