Cara Elak Ulat Sampah Dan Bau Busuk Dari Tong Sampah, Tabur Garam Dan Baking Soda

Share

Cara elak ulat sampah dan bau busuk dari tong sampah. Masalah ini berlaku apabila sisa makanan dan kelembapan di dalam tong menarik perhatian lalat untuk bertelur. Untuk mengelak ulat sampah, langkah pencegahan perlu dilakukan lebih awal dan secara konsisten.

Cara Elak Ulat Sampah & Bau Busuk Tong Sampah

1. Cuci Tong Sampah dan Pastikan Ia Kering

Langkah pertama untuk elak ulat sampah ialah mencuci tong sampah secara berkala. Kemudian keringkan sepenuhnya. Tong sampah yang kering membantu mengurangkan kelembapan yang menjadi punca utama pembiakan ulat.

2. Gunakan Garam dan Baking Soda

Selepas tong sampah kering, taburkan sedikit garam dan baking soda di bahagian bawah. Garam berfungsi untuk menyerap lembapan serta membunuh bakteria, manakala baking soda pula membantu meneutralkan bau busuk. Kaedah ini bukan sahaja berkesan untuk menghapuskan ulat sampah, tetapi juga menjimatkan kos dan mesra alam.

3. Gunakan Pelapik Telur Sebagai Penyerap Bau

Selain garam dan baking soda, anda juga boleh menggunakan pelapik telur sebagai bahan semula jadi untuk menyerap bau dari tong sampah. Ia membantu mengekalkan tong dalam keadaan kering dan bersih lebih lama, sekali gus mengurangkan risiko lalat datang dan bertelur.

4. Tutup Tong Sampah Dengan Rapat

Pastikan penutup tong sampah sentiasa tertutup rapat untuk menghalang lalat masuk. Lalat yang tidak dapat mendekati sampah tidak akan sempat bertelur, sekaligus mengelakkan pembiakan ulat sampah di dalam tong anda.

5. Buang Sampah Secara Berkala

Jangan biarkan sampah terkumpul terlalu lama di dalam rumah. Buang sampah setiap hari, terutamanya sisa makanan. Langkah mudah ini amat penting untuk memastikan tong sampah sentiasa bersih, tidak berbau dan bebas ulat sampah.

Dengan mengamalkan langkah-langkah mudah seperti mencuci, mengeringkan, dan menabur garam serta baking soda, anda boleh elak ulat sampah dengan berkesan tanpa memerlukan bahan kimia atau kos yang tinggi. Amalan ini juga menjadikan persekitaran rumah lebih bersih, segar, dan menyenangkan.

Sumber: Instagram ruangteduh.com

Baca Lagi : Tip Mudah Elak Tong Sampah Berbau & Berair, Letak Sarang Telur

Published by
VK