Cara Lama Tapi Berkesan Bersihkan Cermin Di Rumah Tanpa Guna Pencuci. Hasilnya Memang Berkilat

Share

Di pasaran memang banyak jenis cecair pembersih atau pencuci khusus untuk cermin. Harganya pun boleh tahan.

Tapi sebenarnya kita tak perlu pun keluar modal untuk bersihkan cermin baik tingkap, cermin hiasan, pintu sliding, di bilik air atau apa juga cermin yang ada di rumah.

Boleh praktik cara yang telah lama digunakan dan berkesan, hasilnya memang cermin bersih dan berkilat.

Bagi yang tak tahu, kita boleh saja gunakan kertas surat khabar untuk bersihkan cermin. Tak perlu guna sebarang sabun pun. Caranya;

1. Ambil surat khabar lama.

2. Celupkan dalam air.

3. Ramas-ramas kemudian perahkan airnya sedikit.

4. Lapkan pada cermin tingkap.

5. Selepas itu laplah dengan kain kering.

Cermin anda akan jadi bersih dan berkilat.

Mudah kan! Selamat mencuba!

Sumber: Rosie Zam

IKLAN