Cara Masak Kari Tanpa Santan Tetap Pekat & Rasa Lemak

Share

 

Kari mamak memang tak guna santan tapi tetap sedap dan buat kita ketagih nak makan selalu. Daripada kerap ke kedai mamak, elok juga kalau kita belajar buat sendiri.

Boleh ikut tip dan juga resipi perkongsian Ida Zairi ini. Menurutnya resipi ini digunakan oleh peniaga nasi kandar popular Pulau Pinang.

Kali kedua cuba resepi kari Mamak tanpa santan. Resipi ini diberikan oleh oleh mamak nasik kandar pokok ketapang satu ketika dulu.

TIP:

Santan digantikan dengan beras yg disangai & ditumbuk. Tujuannya untuk pekatkan kuah dan beri rasa lemak. Kena cuba baru tau. Mesti makan smpai menjilat pinggan.

Kari ikan tanpa santan, pekat & berlemak

Bahan-bahan:

3 ketul ikan (ikan yg sesuai buat kari)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
Halba/biji sawi/jintan manis
Daun kari
6 sudu rempah kari & 2 sudu cili giling (jadikan pes)
1 genggam beras (sangai dulu & kisar halus)
1 sudu asam jawa
Air secukupnya
Bendi
Tomato
Garam
Daun kari

Cara membuat:

1. Panaskan satu senduk minyak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan halba, biji sawi & jintan manis serta daun kari.
3. Masukkan pes rempah kari. Masak sampai pecah minyak dengan api perlahan.


4. Bila dah pecah minyak masukkan beras sangai yg dah dikisar. Kacau dan masukkan air.
5. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan bendi & ikan.
6. Perasakan & masukkan tomato. Patahkan cili hijau & tutup api. Siap!

Sumber: Ida Zairi

IKLAN