Cara Masak Pulut Guna Microwave, Sesuai Untuk Hidangan Tak Ramai. Masak Dalam Mangkuk Saja

Share

Kalau terasa nak makan pulut kuning dan yang nak makannya cuma seorang dua, boleh guna cara ini.

Masak pulut kuning guna microwave. Selain mudah, kita juga tak perlu basuh periuk belanga bagai. Masak dalam mangkuk boleh terus hidang. Caranya dikongsi oleh Rahim Rahimi.

Masak pulut kuning guna microwave

Simple saja abam masak pulut kuning guna microwave. Cara masak;

1. Rendam pulut dengan asam keping dan kunyit serbuk selama satu jam.

2. Kemudian buang air. Masukkan santan, daun pandan, minyak masak sikit dan garam secukup rasa dalam mangkuk berisi pulut tadi. Gaulkan dan tambah air sehingga separas pulut.

3. Masukkan dalam microwave selama 20 minit.

4. Periksa keadaan pulut. Kalau jelatah, buat lubang di tengah pulut dan masukkan mangkuk air panas.

Masukkan semula dalam microvave dan tutup mangkuk berisi pulut. ‘On kan’ microwave lagi selama 10-15 minit. Insha-Allah masak sekata.

Dah siap pulut kuning. Setakat nak makan sorang dua, masak macam ni lagi senang.

Selamat mencuba.

Sumber: Rahim Rahimi.

Artikel berkait: Cara Masak Pulut Guna Rice Cooker, Mudah & Tak Berkerak

Subscribe juga YouTube Chanel Vanila Kismis

 

IKLAN