Masuk hari ke 10 Ramadan ada yang dah buntu nak masak apa untuk berbuka puasa. Lagi pening masakan untuk sahur.
Biasanya bila dah pertengahan puasa kita nak sesuatu yang simple saja. Sebagai idea untuk korang yang buntu boleh masak telur bungkus.
Ada ayam, telur dan sayur lengkap hidangan. Untuk sahur sesuai sangat. Jika nak cepat, bahagian isi masak siap-siap. Cara membuatnya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Roslina Omar.
Bahan dicincang:
1 biji bawang holand
1 biji tomato
Sedikit lobak merah
3 ulas bawang putih
Isi ayam
Bahan lain:
3 biji telur – pukul dengan garfu
Sedikit daun bawang – dihiris
Gula dn garam
Cili kisar
Sos ikan,sos cili,sos tiram
Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, kacau.
3. Masukkan cili kisar bersama sos cili, sos ikan dan sos cili. Masak sampai agak kering.
4. Kemudian masukkan lobak merah dan masak hingga lobak lembut.
5. Seterusnya masukkan garam, gula dan bahan perasa. Kacau sebati dan tutup api, tabur daun bawang.
6. Untuk telur, panaskan kuali masak telur dadar kemudian letakkan inti di tengah dan bungkus.
Potong bahagian tengah, boleh juga tuang sos cili atas telur bungkus.
Baju T bila dah lama pakai, bahagian leher mulalah kembang. Ada juga yang baru pakai tapi dah jadi begini bila keringkan dalam mesin basuh.
Kalau baju masih elok dan sedap pakai, takkan nak masukkan dalam stor terus atau buang. Sayang!
Sebenarnya ada cara yang boleh kita buat sendiri di rumah untuk kecilkan kembali leher baju T yang kembang itu. Mudah sangat dan caranya dikongsi oleh pengguna TikTok syafiq.art
1. Sediakan getah dan juga periuk.
2. Isi dalam periuk, buka api dan biar mendidih.
3. Ambil getah dan ikat pada bahagian kolar atau leher baju T. Ikat dan simpul dengan kemas supaya tak terbuka.
4. Kemudian rendam bahagian leher yang diikat tadi dalam air mendidih. Biarkan selama 3-4 minit.
5. Selepas itu angkat dan keringkan.
Dah kering boleh seterika dan lihat hasilnya. Setel masalah T shirt leher kembang!
Kebiasaannya kita guna petroleum jelly atau jenama yang popular Vaseline untuk rawatan kulit yang kering.
Disebabkan hanya tahu itu saja fungsinya maka produk ini punyalah lama tersimpan, sampai expired.
Yang sebenarnya petroleum jelly ini ada banyak sangat kegunaan lain dalam kehidupan seharian kita. Bukan untuk kecantikan saja tapi untuk kegunaan rumah juga.
Ini adalah sebahagian dari 25 kegunaannya yang ramai tak tahu.
1. Tambah kilat pada gincu jenis matte. Campurkan gincu dan Vaseline pada belakang tangan dan oles pada bibir.
2. Elak gincu melekat pada gigi. Hanya sapu nipis Vaseline pada gigi depan sebelum mengenakan gincu.
3. Buang kulit mati pada bibir. Sapu tebal pada bibir, biarkan beberapa minit. Kemudian skrub bibir dengan berus gigi yang lembut dan bersih. Bilas.
4. Kemaskan kening yang berterabur. Sapukan sikit Vaseline pada bulu kening dan ia akan kemas dan berkilat.
5. Panjangkan dan lentikkan bulu mata. menggunakan berus maskara yang dibersihkan, sapu pada bulu mata sebelum tidur.
6. Serlahkan pipi. Sapukan sedikit jelly ini pada pipi sebelum menyapu pemerah pipi. Boleh juga sapu pada kelopak mata sebelum menyapu eye shadow untuk kesan lebih berkilat.
7. Keluarkan cincin yang tersekat. Sapukan vaseline menggunakan cotton bud, kemudian tolak ke depan dan kebelakang sehingga cincin dapat dikeluarkan dari jari.
8. Rawat jaket kulit. Jika ada bahagian pada jaket yang kelihatan kering sapu Vaseline pada bahagian tersebut. Kemudian lap kembali.
9. Hapus kaki berbau. Jika terasa kaki ada bau yang kurang menyenangkan, sapu Vaseline dan biarkan selama 15 minit. Kemudian lap dengan tisu atau kain kering.
10. Elak ruam lampin. Sapu pada bahagian punggung atau celah peha bayi sebelum mengenakan lampin.
11. Hindari rasa panas selepas bercukur. Terlebih dahulu, masukkan Vaseline dalam peti sejuk. Selepas bercukur sapu Vaseline yang sejuk ini pada bahagian terbabir.
12. Rambut bersinar. Sapukan Vaseline pada rambut paling atas untuk nampak lebih bersinar dan mengelakkan rambut bercabang.
13. Hindari syampu masuk mata bayi waktu mandi. Letakkan Vaseline pada bahagian kening dan syampu akan terhindar memasuki bahagian mata.
14. Buang gula-gula getah pada rambut. Sapukan pada rambut yang terkena gula-gula getah dan usap sehingga ia tertanggal.
15. Kulit kepala gatal. Urut Vaseline pada kulit kepala untuk mengurangkan kegatalan akibat kelemumur.
16. Elak kesan pewarna rambut pada kening. Ketika warnakan rambut di rumah, sapukan Vaseline pada sekeliling kepala untuk mengelakkan pewarna rambut melekat pada kening.
17. Kurangkan kesan calar pada perabot kayu. Sapukan Vaseline pada perabot yang ada kesan calar akibat terkena cincin atau gelang. Biarkan selama 24 jam, kemudian sapu dan kilatkan.
18. Buang gula-gula getah pada kayu. Sapu Vaseline pada gula-gula getah yang melekat ini sehingga ia terpisah dari kayu.
19. Buang kesan lilin. Sapu Vaseline pada sekeliling kesan lilin dan biar seketika. Selepas itu lap menggunakan tisu atau kain.
20. Elak pintu berbunyi. Letak sedikit vaseline pada ensel untuk mengelakkan ia berbunyi.
21. Buka mangga pintu yang ketat. Sapu pada anak kunci dan cuba buka, insya-Allah ia akan dibuka dengan mudah.
22. Hilangkan siku atau lutut yang hitam. Sapu Vaseline pada bahagian yang hitam ini setiap hari.
23. Minyak wangi tahan lama. Sebelum pakai minyak wangi, sapukan Vaseline pada tangan dan leher kemudian barulah sembur.
24. Kecutkan jerawat. Kalau tiada ubat jerawat sapu sedikit Vaseline pada untuk meredakan kemerahannya.
25. Rawat luka ringan. Sapu pada luka kecil untuk cepat sembuh. Ia melembapkan bahagian luka selain mengelakkannya terkena kotoran supaya tidak terkena jangkitan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...