Doa ibu untuk anak tiada hijabnya. Justeru dalam apa jua keadaan sentiasa doakan anak-anak. Malah tatkala mereka melakukan perkara yang tidak disenangi adalah lebih baik terus mendoakan kebaikan daripada mengeluarkan kata-kata kesat.
Dalam pada itu setiap ibu juga harus melengkapkan diri dengan pengetahuan doa-doa yang patut diamalkan untuk anak-anak.
Doa-doa yang diambil daripada kalam Allah ini patut sentiasa dititipkan dalam usaha seorang ibu untuk menjadikan anak insan soleh dan solehah. Insya-Allah.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19;
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.Baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Ads
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud;
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
Ads
“ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat atau setiap kali teringatkan anak.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini dari Surah Al-Baqarah ayat 128;
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Ads
6. Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.”
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
7. Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9;
“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.”
Amalkan doa-doa ini dalam bahasa Melayu jika sukar menghafal dalam bahasa Arab, apa yang penting ibu ikhlas dalam setiap doanya.
Bijirin barli memang sejak dahulu sudah diketahui khasiatnya. Kaya dengan serat, barli ini boleh membantu mengawal gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol selain membantu menurunkan tekanan darah. Bagi yang hamil pula barli sangat berkesan untuk merawat masalah kencing kotor yang selalu dialami bakal ibu.
Stok barli ini elok kalau kita sediakan saja dalam peti sejuk supaya boleh diminum pada bila-bila masa saja. Namun begitu untuk dapat khasiat barli yang sepenuhnya kenalah rebus dan ambil cara yang betul supaya dapat khasiatnya.
Dikongsi oleh Mastura Rashid ini cara masak barli dan pengambilan yang boleh dipraktikkan.
Barli penuh khasiat, ini cara masak & makan barli yang boleh dipraktikkan
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum. Kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap dah kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Cara masak barli pun mudah
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam supaya lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak kecil lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Boleh masuk dalam nasi juga
Kakak ipar yang berbangsa Korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1 iaitu 2 pot beras, 1 pot barli.
Rendam dulu barli ya bagi lembut dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. Insya-Allah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Salah satu masalah bagi pengguna telefon bimbit adalah kabel pengecas yang selalu saja rosak dan perlu diganti.
Ada yang tak sampai tiga bulan guna dan kena beli baru. Salah satu penyebabnya adalah cara kita menggulung kabel tersebut yang mungkin menyebabkan ia mudah rosak.
Sebenarnya ada teknik yang digunakan untuk menggulung kabel terutama yang mahal, ia dinamakan kaedah Roadie Wrap.
Teknik Roadie Wrap
Caranya dengan menggulung membentuk bulatan.
Bagi pengecas telefon atau komputer riba, jika kabel dan pengecas adalah bersambung atau anda tidak mahu mencabut kabel boleh lakukan cara berikut.
Kaedah 1
Kaedah 2
Tip
Pastikan bahagian kabel yang menghubungkan dengan pengecas tidak terlipat kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.
Pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi sungguh bertuah kerana mempunyai anak yang mampu menghafaz al-Quran. Mohamad Danish Hakim adalah salah seorang yang diraikan pada Majlis Konvensyen Huffaz Ke-2 Peringkat Negeri Selangor.
Melalui instagram, Norman memuat naik video dan gambar mengenai penerimaan anugerah tersebut. Sejuk perut ibu yang mengandung, kan?
Norman dan Abby telah bercerai dan kedua-dua mereka sudahpun berkahwin lain. Rumahtangga yang pernah hancur suatu ketika dulu tidak sekali pun menjadikan anak-anak mereka tidak terbela. Malah semuanya elok-elok belaka.
ALHAMDULILLAH ❤️
Pagi di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 Peringkat Negeri Selangor (28/10/18) 19 safar 1440h ❤️
Mohamed Danish Hakim Al Hafiz & Sahabat2nya yg telah berjaya menghafal ALQURAN diraikan lagi hari ni. Peringkat Negeri Selangor pula. Alhamdullillah. Murah rezeki anak2 ni. 3kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur. Terima Kasih ALLAH utk segala nikmat & rezeki yg telah dikurnia ?
Mama & Papa je wakil utk hari ni. Abah hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy tak dpt bersama juga sbb adik3 takde siapa yg jaga.
Apa yg penting kerjasama hehe ??
VK terinspirasi sungguh dengan kehidupan Norman dan Abby. Mereka sama-sama berjaya mendidik anak walaupun sudah berpisah. Sebab itulah kita kena lihat sesuatu yang Allah takdirkan kepada kita sebagai sesuatu yang ada hikmahnya. Jangan jadikan perceraian sebagai sesuatu yang buruk jika itu sudah ketentuan. Boleh je didik anak dengan baik kan? Yang penting terima ketentuan dan cari hikmahnya.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...