Baru saja bersih rumput di laman tapi tak sampai sebulan naik lagi. Kecil atau besar laman tetap kita rimas dan sakit bila rumput tumbuh meliar.

Selain sembur racun, ada lagi satu cara yang lebih mudah tapi berkesan yang boleh kita lakukan sendiri untuk mematikan rumput di laman.

Menurut Johari Kamal Jer, dengan hanya bermodalkan semburan menggunakan garam kasar, cuka, pencuci pinggan dan air panas rumput akan cepat mati walau apa jenis pun.

Sediakan 4 bahan ini

Ujarnya cara ini dipraktikkan sejak sekian lama dan memang berkesan.

“Sembur pagi, esok semua rumput akan layu. Tumbuhlah apa jenis rumput pun memang semua ‘kiok’.

IKLAN

Cara Mudah & Berkesan Matikan Rumput Di Laman. Sembur Pagi, Esok Semua Rumput ‘Clear’

Berkongsi cara mematikan rumput katanya sediakan bahan berikut;

500 gram garam
1 botol cuka
1 periuk kecil air panas
2-3 titis pencuci pinggan (Sun Light)

IKLAN
Caranya

1. Bancuh garam dan cuka dengan air panas hingga sebati. Kemudian titis pencuci pinggan ke dalam bancuhan.

2. Kemudian masukkan dalam pam dan boleh sembur pada rumput. Jika sembur waktu pagi, esok akan nampak hasilnya, semua ‘clear’.

IKLAN

3. Lakukan setiap bulan supaya rumput tak tumbuh lagi.

INFO
-Kegunaan pencuci pinggan adalah sebagai pelekat semburan pada daun dan tanah.
-Pastikan basuh pam selepas digunakan untuk mengelakkan karat kerana kandungan air garam.

Selamat mencuba.

Sumber: Johari Kamal Jer,

Selain itu:  Tak Perlu Guna Racun, Cuma Tanam 6 Jenis Tanaman Ini Untuk Halau Serangga Perosak
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI