Langkah Mudah Buat Langsir Eyelet, Tebuk Guna Gunting Macam Ni Saja

Share

Dah jumpa corak langsir yang berkenan tapi sayangnya bukan jenis eyelet yang kita pakai di rumah.

‘No worries’ boleh beli dan buat eyelet sendiri. Ataupun, boleh saja terus jahit sendiri langsir dan ikut langkah yang dikongsi oleh Dura

untuk tebuk pasang ring eyelet.

Bahan yang diperlukan: 

1. Hamparkan langsir dan adjust kedudukan untuk letak ring supaya sama rata. Tiada ukuran untuk letak ring kerana bidang kain tak sama, cuma untuk bidang 60 boleh letak 8 keping ring.

2. Bulatkan dan tanda dengan marker.

3. Kemudian tanda 1/4 di bahagian tepi bulatan supaya senang untuk kita gunting.

4. Guna gunting begini, senang untuk tikam atau cucuk kerana hujungnya sangat tajam.

5. Boleh ‘tikam’ dan gunting bulat ikut ukuran bertanda biru.

6. Siap buat lubang.

7. Ambil ring, belah ring guna pisau. Klik SINI untuk beli ring.

8. Letak bahagian yang tajam ke atas.

9. Pastikan kedudukan ring sepadan, jika tak gunting lagi supaya masuk dalam bulatan.

10. Kemudian satukan ring, ketuk sedikit dengan tangan supaya kemas.

11. Dah siap!

Mudah saja kan. Selamat mencuba!

Sumber: Dura

 

IKLAN