Cara Mudah Buat Nasi Impit. Masak & Tinggal, Keluar Seketul Cantik Macam Ni

Share

Waktu raya selalunya ketupat segera memang laris. Kadang-kadang 2-3 kedai cari pun ‘sold out’. Kalau macam ini situasinya kita cubalah buat sendiri. Boleh guna cara yang dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina, sebab menarik.

Tip ini menggunakan pressure cooker. Tapi buat yang tiada periuk ini boleh cuba menggunakan rice cooker biasa.

Caranya

  • Beras 1 cawan + air 3 cawan ( beras biasa bukan basmathi)

  • Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air (saya masak 3 cup beras + 9 cup air).

  • Masukkan ke dalam pressure cooker (saya guna jenama Primada).

  • Tekan butang congee /soup. Kemudian dah boleh tinggalkan. Boleh buat kerja lain.

  • Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang nak terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar cantik tak melekat.

  • Bila dah masak satu tip untuk keselamatan, jangan release wap biarkan wap keluar sendiri.

  • Lepas beberapa minit dah nampak macam ok barulah buka tudung pressure cooker.

  • Angkat periuk kemudian tekan nasi biar padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.

  • Kemudian biarkan nasi impit sejuk tak perlu salin ke bekas lain.

  • Bila dah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah dipotong.

  • Kalau masih panas /suam jangan keluarkan lagi dan jangan potong, biar dulu beberapa jam.

Siap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan

Sumber: Wan Ros Ina Lina

Nak beli pressure cooker klik SINI

Artikel berkait:

Cara Buat Nasi Impit Homemade, Tak Guna Plastik. Masak Guna Rice Cooker

Tip Goreng Bihun Agar Elok Lembut, Rasa Sedap & Tahan Sampai Malam

Cara Buat Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup & Banyak Serdak

 

IKLAN