
Makan popia mini macam ni memang sedap. Waktu raya ini pun memang banyak dijual cuma harganya agak mahal.
Kalau tak sanggup nak beli, boleh cuba buat sendiri. Kalau nak mudah ikut perkongsian Eiyda Qishh NJ ini.
- Ambil kulit popia, potong segi tiga macam ni. Dapat 8 potongan, guna pisau saja. Lepas potong jangan dedahkan, letak dalam bekas. Boleh juga tutup dengan kain.
Boleh guna popia jenis ini senang, lepas susun masuk dalam bekas.
2. Susun popia yang dah dipotong begini supaya boleh letak serunding sekali gus. Boleh guna serunding yang dah siap.
3. Kemudian ambil satu potongan, lipat kiri dan kanan. Kemudian gulung dari bawah ke penjuru atas.
4. Akhir sekali letak sedikit air supaya melekat, popia tak terburai.
5. Boleh guna popia ready made macam yang dalam botol ni.
6. Dah siap, bolehlah digoreng. Kalau tak habis goreng boleh simpan dalam freezer, untuk digoreng kemudian hari.
Selamat mencuba
Sumber: Eiyda Qishh NJ
10 Perkara Kita Kena Buat Bila Usia Cecah 30 Tahun

Isi Kandungan
Toggle
Satu kajian telah dilakukan oleh satu laman web Quara mengemukakan satu persoalan kepada mereka yang berusia 50-an. Mereka bertanya apa yang sepatutnya mereka akan lakukan pada usia 30 tahun agar dapat menikmati hidup di usia tua.
Kebanyakan mereka memberikan jawapan yang sama seperti di bawah ini. Jadi bagi anda yang berusia 30 tahun tak kira wanita atau lelaki ambil nasihat ini kerana ia memang ada benarnya.
1. Simpan duit
Walau pun sikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini karier selalunya sudah stabil, jadi jangan bazirkan wang gaji dengan perkara tak berfaedah. Anda dah matang.
2. Perbaiki hubungan keluarga
Walau pun ada sikap adik beradik yang anda tak suka tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberi sokongan.
3. Jangan tangguh impian
Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya sila buat sekarang. Usia dah 30 ok. Jangan berkata nantilah, nanti itu adalah sekarang. Begitu juga impian ke Makkah untuk menunaikan haji, lakukan ketika muda, waktu tubuh sihat dan bertenaga.
4. Berhenti makan benda mengarut
Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan. Belajar kurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan pada usia tua.
5. Bersukan
Mulakan gaya hidup sihat. Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi seperti berbasikal, zumba atau sekadar joging. Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah anda sukar untuk kembali kurus.
6. Jangan merokok
Ia mahal, bau busuk dan memang penyebab kepada masalah kesihatan. Tolong buang tabiat ini. Makin lama anda dengan tabiat ini makin berisiko kesihatan anda.
7. Pakai krim pelindung matahari
Sinaran matahari secara terus pada kulit antara punca kedutan Sila pakai krim pelindung matahari jika anda tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia.
8. Melancong
Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang anda boleh dan mampu. Ibarat kata jauh perjalanan luar pemandangan, melancong mampu mengubah cara pemikiran malah sikap diri.
9. Hargai teman
Seharusnya ketika ini anda sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargai mereka dan teruskan silaturahim. Sentiasa berhubungan walau tidak bersua dengan mereka kerana inilah teman anda ketika tua nanti.
10. Beli rumah
Sebaik keadaan kewangan stabil pada usia 30-an beli kediaman sendiri agar anda ada tempat yang selesa untuk pulang selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang pun sudah hampir selesai.
Perkara terakhir ini sengaja tidak dimasukkan dalam senarai kerana tak perlu tunggu usia 30 tahun untuk melakukannya. Dalami agama, kembali ke pangkal jalan Pencipta kita kerana ajal dan maut mungkin datang sebelum usia 50 tahun.
Sumber: dailymail.co.uk
Foto: Pinterest
Cara Masak Salmon Grill Yang Mudah & Sedap. Boleh Cuba Salmon Grilled Lemon Sauce

Asyik makan ikan goreng, gulai, sambal sesekali kita ubah pulak selera. Buat cuba pulak masak ikan salmon ala western macam ini, Salmon Grilled Lemon Sauce
Ikan salmon memang sedap kalau grill. Ditambah pula dengan sos lemon pekat, gabungan terbaik. Selalu hidangan begini kita makan di kafe, kali ini kita buat sendiri. Caranya pun mudah. Boleh cuba resepi dikongsi oleh Herawati Basri.
Salmon Grilled Lemon Sauce

Bahan-bahan untuk ikan salmon grill:
Kepingan ikan salmon
Garam
Lada hitam
Mentega
Cara membuat:
Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon, kemudian grill salmon dengan sedikit mentega. Ketepikan, guna minyak yang sama utk buat sos.
Bahan sos
Mentega
Bawang putih -cincang
Cooking cream/fresh milk
Sedikit air perahan lemon
1 sudu besar tepung jagung
Serbuk perasa
Parsley – cincang
Cara membuat sos:
1. Cairkan mentega, tumis bawang putih hingga perang.
2. Masukkan cooking cream atau fresh milk, kacau rata.
3. Masukkan tepung jagung, matikan api.
4. Tuang sos dalam blender bersama perahan air lemon. Kisar.
5. Bahan sos siap masuk semula dalam kuali. Kecilkan api dan tambah bahan perasa garam dan juga gula.
6. Bila kuah dah agak pekat, matikan api. Masukkan parsley cincang.Tuang atas ikan salmon grilled tadi.
7. Boleh hidang dengan asparagus goreng dan tomato.
Selamat mencuba.
Sumber: Herawati Basri.
DIY Spray Untuk Elak Habuk Melekat Pada Perabot Rumah, Guna 2 Bahan Saja. Tak Perlu Selalu Lap

Baru saja lap semalam hari ni, esoknya habuk dah bertepek semula pada kabinet, rak, meja, perabot dan peralatan dalam rumah. Takkanlah nak lap hari-hari. Tambah pula sekarang cuaca berjerebu lagilah banyak debu yang masuk dalam rumah.
Kaedah elak habuk melekat dalam rumah
Antara sousi yang boleh dilakukan untuk kurangkan habuk dalam rumah adalah dengan menggunakan bancuhan cecair pelembut pakaian.
Tak perlu tambah apa-apa bahan lain hanya cecair ini saja bersama air paip. Bancuhan dua bahan ini saja sudah cukup untuk mengurangkan habuk hinggap pada perkakas dalam rumah. Jadi takdelah selalu sangat kena lap.
Kaedah ini dipraktikkan oleh wawadels dan dikongsi oleh beliau. Ujarnya sejak menggunakan cara yang dipelajari dari kakak beliau habuk kurang melekat di dalam rumah.
1. Caranya cuma sediakan 1 penutup cecair pelembut pakaian dan juga 1 liter air.
2. Kemudian campurkan kedua bahan in dalam botol spray.
3. Sembur pada perabut, meja, rak dan sebagainya untuk mengelakkan habuk melekat kemudian lap dan biar kering.
Semoga bermanfaat
Sumber: wawadels