Bila karpet di rumah kotor biasanya kita akan hantar ke dobi saja untuk cuci. Mana ada alat kelengkapan untuk cuci sendiri.
Tapi sebenarnya kita boleh ubah suai vakum yang ada di rumah kita untuk jadi vakum penyedut air untuk bersihkan karpet dan kusyen kereta.
Caranya dikongsi oleh Hong Duan, jadi lepas ni karpet, kusyen kereta atau sofa kotor boleh cuci sendiri, tak perlu panggil khidmat cucian untuk tujuan ini. Jimat kan.
Buat sendiri vakum penyedut air
Ubah suai vakum biasa jadi penyedut air untuk bersih karpet dan kusyen. Modal lebih kurang RM50 saja tapi hasilnya cukup puas hati.
Berfungsi elok, ia sedut air hanya menggunakan separuh kuasa sedutan dari vakum ini. Sekarang dah boleh cuci karpet dan kusyen kereta sendiri. Woohoo.
1. Ini alat yang digunakan bekas cat bersama inlet dan outlet bersambung dengan hos vakum dan wet nozzle (inlet dan outlet paip beli di hardware).
Ads
2. Saya buat sedikit plumbing pvc fitting dan pendek paip untuk pastikan host muat.
3. Ini bahagian dalam, tak perlu guna gam pun.
Ads
4. Dah siap guna boleh letak dalam tong.
5. Air kotor yang disedut dari karpet. Boleh buang.
Ads
6. Ini vakum yang digunakan, kekal kering sepanjang pembersihan.
Kipas meja atau kipas stand ini memang ada di setiap rumah malah setiap bilik di kediaman, maklumlah cuaca kita kan selalu panas.
Tapi masalahnya kipas ini cepat kumpul habuk terutama pada jaring dan bilah. Nak bersihkan pula leceh, kena buka jaring penutup dan bilah barulah boleh cuci. Ini juga antara sebab kipas ini kita pandang sepi saja walau dah kotor atau tebal habuknya.
Sebenarnya ada teknik yang boleh digunakan untuk bersihkan kipas ini tanpa perlu buka jaring penutup dan bilah kipas. Lagi mudah macam ni kan. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Eidiliz melalui akaun TikTok miliknya.
Cara bersih kipas tanpa buka jaring
1. Sediakan empat bahan ini;
-Setengah gelas cuka -setengah gelas air -2 sudu pencuci pinggan -3 sudu baking soda
2. Bancuh semua bahan dengan air dan masukkan dalam botol penyembur.
3. Kemudian sembur pada jaring dan bilah kipas yang berhabuk, pastikan terkena pada semua bahagian jaring dan bilah.
4. Ambil plastik, bungkus kepala kipas dan ikat.
5. Pasang kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dan biarkan ia berputar dalam 5 minit.
6. Selepas 5 minit buka plastik dan kita akan dapati jaring dan bilah dah bersih. Habuk tebal yang melekat akan tanggal dan jatuh dalam plastik.
Lauk pucuk ubi sambal kering ini memang jarang dihidangkan ketika ini malah tak ramai juga tahu cara membuatnya.
Jadi elok kalau kita belajar cara memasak menu tradisi yang enak ini. Lagi pun untuk mendapat pucuk ubi garing dan tak liat waktu dimakan ada rahsianya.
Dikongsi oleh Yasmin Dayanti Fami katanya untuk mendapat tekstur yang garing ini pucuk ubi perlukan digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sambal.
Cara masak pucuk ubi sambal kering
Bahan-bahan
Pucuk ubi secukupnya – cuci dan ditos
Cili kering – direbus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Segengam Ikan bilis
Minyak untuk masak
Cara membuat
1) Panaskan minyak dan goreng dulu pucuk ubi yang sudah tos kering. Dah agak garing, angkat.
2) Kisar kering semua bahan cili kering, bawang besar, bawang putih & ikan bilis.
3) Masukkan dalam kuali bahan yang sudah dikisar. Masukkan sikit air supaya sambal tak terlalu kering, ada rasa-rasa basah sikit. Tumis cili hingga betul betul masak.
4) Masukkan garam, gula dan cuka. Kalau tak nak guna cuka, boleh gunakan sikit asam jawa. Gaul sampai rasa sebati.
5) Akhir sekali masukkan pucuk ubi yang digoreng tadi. Kacau rata sampai semua pucuk ubi terkena dengan sambal.
Ayam goreng memang kegemaran ramai, terutama kalau makan panas-panas. Sama ada buat ayam goreng kunyit atau ayam goreng berempah.
Tapi kalau nak lain sikit dan sedap boleh cuba ayam goreng kari pula. Nak buat pun mudah, cuma kisar bahan, gaul, dan goreng. Ratah waktu panas memang sedap. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya memang lain macam. Jom cuba ikut resipi Bella Shabudin
Cara buat ayam goreng kari
Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kali ini nak share resipi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Bahan A:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan B:
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum
Cara membuat
1. Kisar kesemua bahan A.
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B.
3. Perap selama sejam.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
5. Sedia dihidangkan.
Ayam goreng kari ini kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...