Cara Mudah Buat Popia Mini. Beli Serunding Ready Made, Gulung Ikut Cara Ini

Share

Makan popia mini macam ni memang sedap. Waktu raya ini pun memang banyak dijual cuma harganya agak mahal.

Kalau tak sanggup nak beli, boleh cuba buat sendiri. Kalau nak mudah ikut perkongsian Eiyda Qishh NJ

ini.
  1. Ambil kulit popia, potong segi tiga macam ni. Dapat 8 potongan, guna pisau saja. Lepas potong jangan dedahkan, letak dalam bekas. Boleh juga tutup dengan kain.

Boleh guna popia jenis ini senang, lepas susun masuk dalam bekas.

2. Susun popia yang dah dipotong begini supaya boleh letak serunding sekali gus. Boleh guna serunding yang dah siap.

3. Kemudian ambil satu potongan, lipat kiri dan kanan. Kemudian gulung dari bawah ke penjuru atas.

4. Akhir sekali letak sedikit air supaya melekat, popia tak terburai.

5. Boleh guna popia ready made macam yang dalam botol ni.

6. Dah siap, bolehlah digoreng. Kalau tak habis goreng boleh simpan dalam freezer, untuk digoreng kemudian hari.

Selamat mencuba

Sumber: Eiyda Qishh NJ

IKLAN