Cara Mudah Hapus Anak Lipas Yang Banyak Dalam Kereta, Bancuh Air Ini Letak Semalaman Dalam Kereta

Share

Kereta dah cuci bersih kereta, dah spray bagai tapi anak lipas tetap ada.  Bukan sikit banyak pulak tu. Sampai terkejut dibuatnya bila tiba-tiba muncul kat stereng kereta.

Kalau dah usaha macam-macam tapi tak setel juga masalah lipas yang beranak pinak boleh cuba pula kaedah perkongsian Wajihah Derus Bilis Sabah

.

Tak payah sembur apa-apa cuma letak saja bancuhan air ini semalaman dalam kereta.

Umpan lipas alam kereta

2 hari umpan lipas dalam kereta, lumayan hasil dia.

1 bekas ni hasil malam tadi, yang semalam punya dah buang. Hasil banyak jugak semalam. Rasanya perlu buat sekali lagi malam ni..

Kalau sembur saja tak nampak lipas mati, buat macam ni banyak rupanya.

Bahan bancuhan
-Susu pekat


-Air paip

Bancuh dua bahan ini tapi jangan cair sangat. Buat sedap-sedap sikit
Letak malam hari, esok pagi tengok hasilnya.

Semoga bermanfaat

Sumber: Wajihah Derus Bilis Sabah

 

IKLAN