
Kereta dah cuci bersih kereta, dah spray bagai tapi anak lipas tetap ada. Bukan sikit banyak pulak tu. Sampai terkejut dibuatnya bila tiba-tiba muncul kat stereng kereta.
Kalau dah usaha macam-macam tapi tak setel juga masalah lipas yang beranak pinak boleh cuba pula kaedah perkongsian Wajihah Derus Bilis Sabah.
Tak payah sembur apa-apa cuma letak saja bancuhan air ini semalaman dalam kereta.
Umpan lipas alam kereta
2 hari umpan lipas dalam kereta, lumayan hasil dia.
1 bekas ni hasil malam tadi, yang semalam punya dah buang. Hasil banyak jugak semalam. Rasanya perlu buat sekali lagi malam ni..
Kalau sembur saja tak nampak lipas mati, buat macam ni banyak rupanya.
Bahan bancuhan
-Susu pekat
-Air paip
Bancuh dua bahan ini tapi jangan cair sangat. Buat sedap-sedap sikit
Letak malam hari, esok pagi tengok hasilnya.
Semoga bermanfaat
Sumber: Wajihah Derus Bilis Sabah
Trik Masak Nasi Sikit Untuk Sorang Makan, Tak Membazir Sebab Confirm Tak Ada Kerak

Isi Kandungan
Toggle
Selalunya bila masak nasi dalam jumlah yang sikit akan ada kerak, kadang-kadang sampai separuh terutama bila biarkan nasi yang dah kering atas dapur agak lama.
Kan membazir macam ni, lepas tu kena sental pulak kerak.
Supaya tak perlu nak membazir dan menyental boleh ikut cara yang dikongsi oleh Amalina Aziz. Sesuai untuk korang yang makan nasi sikit atau rumah tak ramai orang. Langkahnya seperti berikut;
1. Basuh beras
Mula-mula, ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.
2. Masukkan air secukupnya
Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.
Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.
3. Isikan air dalam periuk rice cooker
Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.
4. Masak macam biasa
Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.
Wah, Cantik Kejadiannya!
Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?
Selamat mencuba !
Sumber: Amalina Aziz
Tip Penting Jika Masak Telur Mata Supaya Selamat Dimakan, Jangan Biar Lebih 4 Jam

Tip penting jika masak telur mata supaya selamat dimakan, jangan biar lebih 4 jam
Semalam berlaku dua kematian akibat keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada makan telur mata. Mangsa dikatakan mengalami cirit birit, dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.
Berita ini sudah tentu memberi kerisauan kerana saban hari hidangan telur mata menjadi santapan kita. Justeru bagi mengelakkan kemudaratan berlaku akibat memakanan hidangan telur ini sebaiknya memerhatikan kebersihan dan keselamatannya supaya tidak membawa mudarat kepada kesihatan.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu kita praktikkan dalam penyediaan telur untuk dimakan.
Menurut laporan Public Health Malaysia telur ayam terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.
- Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.
- Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).
- Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!
- Bakteria salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.
- Telur mata juga hendaklah dimakan dalam tempoh empat jam disediakan.
- Kena pastikan telur masak sempurna jika masak dalam kuantiti banyak.
Sumber: Public Health Malaysia
12 Perkara Isteri Wajib Tahu Tentang Harta Jika Suami Meninggal Dunia

Sehari dua di media sosial panas tentang hal pembahagian harta suami yang meninggal dunia. Ia tercetus bila berlakunya isu dalam hal ini selepas kematian pelawak terkenal Abam.
Ia sekali gus turut memberi kesedaran kepada wanita dan juga masyarakat tentang hak isteri selepas kematian suami. Berikut adalah perkongsian info dari Majlis Agama Islam Selangor tentang perkara tersebut.
1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.
2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.
3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.
4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.
5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur 8 tahun dan anak lelaki berumur 2 hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur 2 hari.
6. Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.
9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.
10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Takaful atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.
11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak
diwarisi oleh isteri.
12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor