Cara Mudah & Murah Hilangkan Kotoran Pada Sofa. Cuma Gosok Guna Penutup Periuk, Bersih Semuanya

Share

Sofa rona putih atau cerah memang cantik untuk kediaman. Cuma masalahnya akan mudah kotor. Boleh jadi tertumpah air, makanan atau tercalit kotoran dek anak-anak.

Ada yang sakit mata melihat kotoran ini dan sanggup upah servis mencuci sofa. Tapi ada alternatif lain untuk bersihkan sofa ini dengan cara paling mudah dan murah.

Hanya mengguna penutup periuk bersama bancuhan air panas cecair pencuci pinggan, kotoran pada sofa dapat dibersihkan dengan mudah. Tak perlu upah khidmat pencuci, modal cuma penutup periuk saja. Kaedah ini dikongsi oleh Arya Cahya Oktavia melalui akaun TikTok beliau.

Bersih sofa guna penutup periuk

 

Cuba cara bersih sofa yang viral menggunakan penutup periuk. Macam tak percaya pula menjadi.

Kalau cara yang dikongsi sebelum ini menggunakan cecair pencuci bentuk tablet tapi memandangkan bahan ini tiada di rumah jadi saya guna cecair pencuci pinggan. Tapi memang ternyata bersih.

Bahan yang diperlukan:

Cecair pencuci pinggan
Penutup periuk
Kain
Air panas secukupnya

Caranya:

1. Tuang cecair pencuci diikuti dengan air panas dalam besen atau bekas yang boleh muatkan penutup periuk.

2. Ambil kain dan ikat penutup periuk, pastikan bahagian ikatan di atas.

3. Celup penutup periuk yang diikat kain tadi dengan air sabun tadi.

4. Terus gosok pada sofa yang kotor. Ulang hingga kotoran hilang.

5. Selepas itu hidupkan kipas, anginkan agar sofa cepat kering.

Ini hasil kotoran dari sofa yang dibersihkan

Selamat mencuba.

Sumber: Arya Cahya Oktavia

 

IKLAN