Cara Mudah Semak Penyata Kewangan Akaun Tabung Haji. Guna Online Saja, Tak Perlu Ke Kaunter Dah

Share

Hampir setiap bulan menyimpan di Tabung Haji sebaiknya kita periksa penyata kewangan. Tambahan pulak sekarang banyak kes duit hilang termasuklah yang membabitkan Tabung Haji.

Sebenarnya kita tak perlu pun susah-susah beratur di kaunter untuk periksa penyata ini. Boleh guna saja aplikasi THiJari yang sudah sedia ada sejak tahun 2020.

Langkah check penyata kewangan Tabung Haji tak perlu ke kaunter

Semenjak kes duit hilang di bank, ramai risau hilang duit simpanan di Tabung Haji. Malah ada yang minta diadakan semula buku simpanan Tabung haji.

Sebenarnya kita boleh periksa sendiri maklumat wang keluar masuk dan cetak penyata kewangan simpanan Tabung Haji kita melalui THiJARI. Cari “Ringkasan Akaun”. Caranya:

1. Install Apps THiJARI. Log in dan masukkan password.


2. Laman utama ada “Selamat datang”


3. Tekan menu di sebelah kiri atas.

4. Tekan Ringkasan Akaun.


5. Tekan nama yang mahu dicetak penyata.

6. Kemudian ada pilihan “Sejarah Transaksi” di sebelah kiri, dan “Penyata Akaun” di sebelah kanan.

TEKAN “Penyata Akaun”.

7. Pilih nak muat turun PDF dan cetak mengikut bulan. Selesai!

Benda mudah boleh cetak sendiri kenapa perlu pergi Tabung Haji?

Sumber: Azila Mohd Kasim

IKLAN