Cara Mudah Tanam Salad, Lepas Tanam Boleh Tinggal. Sebulan Lebih Dah Boleh Tuai

Share

Bagi yang suka bercucuk tanam atau pun suka makan sayur terutama salad korang boleh praktikkan cara menanam sayur ini yang cukup mudah.

Tanam dalam botol air mineral saja. Lepas tanam, tinggal dan kemudian boleh tuai. Senangkan! Cara ini dikongsi oleh Nur Aida Md Zainuddin.

Guna teknik tanam, tinggal & tuai (3T)

Ini cara paling murah dan jimat dan senang tanam sayur teknik 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai)

1. Semai dulu anak benih. Boleh guna tapak semaian atau boleh guna sarang telur atau kulit telur. Guna apa pun janji tumbuh benih.

2. Semai guna cocopeat atau sabut. Boleh beli  di nurseri satu guni RM15 (sabut ni murah).

3. Bila dah tumbuh dah naik 4 daun kira-kira 2-3 minggu alihkan ke pasu atau bekas yang sesuai.  Yang ini Aida guna botol mineral sebab nak buat ala-ala hidroponik. Nak lagi cantik Google beli je bekas hidroponik.

4. Cara buat botol, potong 2 botol mineral kemudian buat lubang pada penutup mineral water. Masukkan benang/kain. Aida bagi naik sampai atas sikit supaya air nanti sampai.

5. Isi sabut sikit dalam botol mineral bahagian atas. Alihkan anak pokok ke  dalamnya.

6. Tip alihkan anak pokok supaya  akar tak putus guna 2 kayu buat ala-ala chopstik lepas tu tarik keluar.

7. Bahagian bawah letak air + baja AB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal. 

Kalau air baja dah habis nanti tambahkan.

8. Peringkat awal letak di tempat teduh. Bila daud dah besar sikit beri cahaya matahari.

9. Dah sebulan lebih atau 2 bulan boleh tuai hasil. Sekejap je kan.

Selamat mencuba.

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

 

IKLAN