Ads

Cara Mudah Tanam Salad, Lepas Tanam Boleh Tinggal. Sebulan Lebih Dah Boleh TuaiĀ 

Bagi yang suka bercucuk tanam atau pun suka makan sayur terutama salad korang boleh praktikkan cara menanam sayur ini yang cukup mudah.

Tanam dalam botol air mineral saja. Lepas tanam, tinggal dan kemudian boleh tuai. Senangkan! Cara ini dikongsi oleh Nur Aida Md Zainuddin.

Guna teknik tanam, tinggal & tuai (3T)

Ini cara paling murah dan jimat dan senang tanam sayur teknik 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai)

1. Semai dulu anak benih. Boleh guna tapak semaian atau boleh guna sarang telur atau kulit telur. Guna apa pun janji tumbuh benih.

2. Semai guna cocopeat atau sabut. Boleh beliĀ  di nurseri satu guni RM15 (sabut ni murah).

Cara Mudah Tanam Salad, Lepas Tanam Boleh Tinggal. Sebulan Lebih Dah Boleh TuaiĀ 

3. Bila dah tumbuh dah naik 4 daun kira-kira 2-3 minggu alihkan ke pasu atau bekas yang sesuai.Ā  Yang ini Aida guna botol mineral sebab nak buat ala-ala hidroponik. Nak lagi cantik Google beli je bekas hidroponik.

Ads

4. Cara buat botol, potong 2 botol mineral kemudian buat lubang pada penutup mineral water. Masukkan benang/kain. Aida bagi naik sampai atas sikit supaya air nanti sampai.

Cara Mudah Tanam Salad, Lepas Tanam Boleh Tinggal. Sebulan Lebih Dah Boleh TuaiĀ 

5. Isi sabut sikit dalam botol mineral bahagian atas. Alihkan anak pokok keĀ  dalamnya.

6. Tip alihkan anak pokok supayaĀ  akar tak putus guna 2 kayu buat ala-ala chopstik lepas tu tarik keluar.

Ads

Cara Mudah Tanam Salad, Lepas Tanam Boleh Tinggal. Sebulan Lebih Dah Boleh TuaiĀ 

7. Bahagian bawah letak air + baja AB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal.Ā Kalau air baja dah habis nanti tambahkan.Ā 

8. Peringkat awal letak di tempat teduh. Bila daud dah besar sikit beri cahaya matahari.

Cara Mudah Tanam Salad, Lepas Tanam Boleh Tinggal. Sebulan Lebih Dah Boleh TuaiĀ 

Ads

Cara Mudah Tanam Salad, Lepas Tanam Boleh Tinggal. Sebulan Lebih Dah Boleh TuaiĀ 

9. Dah sebulan lebih atau 2 bulan boleh tuai hasil. Sekejap je kan.

Cara Mudah Tanam Salad, Lepas Tanam Boleh Tinggal. Sebulan Lebih Dah Boleh TuaiĀ 

Selamat mencuba.

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

 

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
āˆž
āˆž
Ads

Cerita Lain

13,343 Jawatan Baharu KKM Diluluskan, Berita Baik Perkukuh Sistem Kesihatan Negara

13,343 jawatan baharu KKM diluluskan kerajaan bagi memperkukuh sistem kesihatan awam. Langkah ini dijangka mengurangkan beban petugas, meningkatkan mutu rawatan dan menyokong operasi fasiliti kesihatan di seluruh negara.