Cara Mudah Tanggalkan Kesan Lekatan Stiker Pada Bekas Plastik. Cuma Guna Tisu & Minyak Masak

Share

 

Bila beli bekas makanan plastik mahu pun nak guna semula bekas plastik ini, selalu akan ada stiker tanda harga.

Ada yang senang dibuka tapi selalu juga yang melekat dan tinggalkan kesan hingga nampak tak cantik. Dah cuci, sental pun tak nak hilang.

Jangan buang pulak ya, sebenarnya nak buang kesan lekatan stiker ini mudah saja. Caranya dikongsi oleh ahli kimia, Fatimah Salim.

Cuma guna minyak masak dan tisu dapur

Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.

Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.

INFO:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.

Sumber: Fatimah Salim

IKLAN