Bila beli bekas makanan plastik mahu pun nak guna semula bekas plastik ini, selalu akan ada stiker tanda harga.
Ada yang senang dibuka tapi selalu juga yang melekat dan tinggalkan kesan hingga nampak tak cantik. Dah cuci, sental pun tak nak hilang.
Jangan buang pulak ya, sebenarnya nak buang kesan lekatan stiker ini mudah saja. Caranya dikongsi oleh ahli kimia, Fatimah Salim.
Ads
Cuma guna minyak masak dan tisu dapur
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Ads
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
INFO:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Kuih karipap memang dah sedap tapi kalau dapat karipap pusing lagi sedap. Lebih rangup.
Cuma ramai yang tak rajin membuatnya kerana sangka ia remeh. Rupanya ada cara yang ringkas untuk kita hasilkan karipap pusing ini. Tak perlu cairkan marjerin, atau panaskan minyak.
Caranya dikongsi oleh Kencana Melur seorang suri rumah yang kini menjadikan karipap pusing ini sebagai produk jualannya.
Cara buat karipap pusing simple tapi sedap. Bahan-bahan pun ringkas juga, tak perlu cairkan majerin atau panaskn minyak. Caranya seperti di bawah.
Lain orang lain caranya, saya dah cuba bermacam resepi tak menjadi. Akhirnya buat sendiri. Alhamdulillah dah jadi kerja sampingan saya seorang suri rumah.
1. Sediakan doh marjerin
-1 1/2 cawan tepung gandum cap bunga Ros
-3 1/2 sudu besar majerin
Sebatikan hingga menjadi doh, tak lembik, tak keras. Sedang-sedang saja
2. Sediakan doh gandum
-3 cawan tepung gandum
-Air secukupnya
Sebatikan uli hingga jadi doh. Ketepikan.
3. Doh gandum dan doh marjerin.
4. Bahagi dua doh seperti gambar.
5. Doh gandum dileperkan dan letak doh majerin atas doh gandum, balutkan.
Pandangan belakang.
6. Kemudian canaikan.
7. Sampai jadi begini.
8. Gulung doh yang dicanaikan.
9. Potong dua.
10. Ambil satu dan canaikan begini.
11. Gulung kembali.
12. Kemudian potong doh digulung tadi. Jangan tebal atau nipis sangat.
13. Ambil satu keping, nampak tak yang terjuntai tu, letak ke bawang supaya inti tak keluar nanti.
14.Letak macam ni.
15. Kemudian gelek atau canaikan.
Canai sampai macam ni.
15. Letak inti karipap kegemaran dan kelim kemas.
16. Nampak tak pusar tu, dah jadi karipap pusing.
Karipap yang siap dikelim
Boleh goreng terus atau frozen. Ini untuk frozen jadi digoreng separuh masak dan sejukkan sebelum disejukbeku.
Ramai yang cuba tanam pokok kesum untuk mudah digunakan masakan. Tapi ramai juga yang kecewa kerana pokok tak hidup walau dah buat penjagaan yang dicadangkan.
Bagi yang pernah gagal dalam cubaan menanam pokok kesum boleh cuba pula cara yang dikongsi oleh Khairul Khairul.
Kaedah ini katanya memerlukan pokok kesum yang subur untuk diambil pucuknya. Jika tiada boleh ambil dari rumah jiran atau rakan yang ada menanam pokok ini.
1. Petik pucuk pokok kesum yang muda lebih kurang 15 tangkai. Petik lebih kurang tiga ruas.
2. Sediakan pasu atau bekas yang sesuai, isi dengan tanah, sebaiknya guna tanah sawit.
3. Kemudian terus cucuk dalam pasu dan lakukan siram sekali sehari.
4. Selepas disemai memang akan ad daun yang layu tapi selepas seminggu akan daun baru akan bercambah.
Meski virus Covic 19 bermula di China Januari lalu namun hasil daripada penguatkuasaan perintah berkurung yang dilakukan dilihat sangat membantu membendung wabak itu yang awalnya sangat kritikal di sana.
Ketika ini kes baru untuk wabak Covic 19 di China sudahpun berkurang dengan banyak sekali yang tidak lain juga kerana disiplin dan kerjasama rakyatnya yang tidak mahu wabak ini menghancurkan negaranya.
Juwita Jalil berkongsi pengalaman insan yang mengalami situasi ini untuk kita jadikan iktibar.
Pada yang tak tahu, saya telah berada di Chongqing (CQ), China selama wabak ini bermula sejak penghujung Januari lalu. Seluruh dunia mula memantau China dan kini bila keadaan reda, kami di China memerhatikan macam mana seluruh dunia panik dengan virus ini. Mungkin saya boleh kongsikan pengalaman macam mana saya pastikan diri saya selamat.
Pertama sekali, bukan saja Hubei dan Wuhan yang diarahkan lockdown. Seluruh China diarahkan lockdown. Jadi bila orang dari Hubei dan Wuhan tak boleh tinggalkan bandar dorang, kami di CQ tak boleh tinggalkan kompaun tempat tinggal kami. Hanya seorang dari seisi rumah saja yang dibenarkan keluar dan masuk setiap 2-3 hari untuk membeli barangan asas, bergantung pada keadaan kawasan.
Setiap orang perlu membuat pemeriksaan suhu badan bila mahu memasuki masuk mana-mana bangunan. Dan bila saya cakap barangan asas, ia memang betul-betul barangan asas kerana ketika ini, hanya pasar, pasaraya, farmasi dan klinik-klinik tertentu saja yang dibenarkan beroperasi.
Tak boleh saja keluar untuk lepak atau berjalan-jalan kerana tak ada apa tempat yang buka. Dan kalau polis peronda nampak korang tengah berjalan saja-saja, kita akan dinasihatkan untuk pulang ke rumah.
Lockdown ini telah berlaku selama 40 hari dan seluruh China berada dalam keadaan lockdown selama itu dan ini bermakna, berbilion-bilion orang di China hanya duduk di rumah. Walaupun undang-undang arahkan perkara ini, semua orang di sini rela hati untuk kurvngkan diri dorang. Tak ada sekolah, tak ada kerja. INI SATU-SATUNYA CARA UNTUK HALANG VIRVS NI DARI MEREBAK!
Pemisahan dan kuarantin cabul hak manusia? Tolonglah, hak apa nak tuntut kalau dah sampai kita m4ti.
Jadi bila saya perlu keluar untuk beli barangan asas, ini apa yang saya lakukan dan masih buat. Saya selalunya akan beli barangan rumah yang boleh tahan selama 1 ke 2 minggu supaya saya tak perlu untuk keluar selalu dan kurangkan risiko terkena jangk1tan. Saya tak stock-up semua benda, lagi-lagi toilet paper.
Saya sendiri ada SOP ringkas yang saya amalkan sepanjang lockdown.
1. Topeng muka wajib! Untuk lindungi diri kita dan orang sekeliling.
2. Basuh tangan dan jangan sentuh mulut, mata dan hidung.
3. Jauhi dari tempat orang ramai, hadkan aktiviti.
4. Satu lagi saya juga tak gunakan wang tunai, semuanya online. Jika guna wang, kena sanitize tangan.
Virus ini perlukan kerjasama semua orang untuk hentikan dari merebak. Kalau ada yang masih rasa yang ini hanyalah selesema biasa dan tak ambil langkah berjaga-jaga, ini bermakna anda adalah ancaman untuk komuniti.
Semoga apa yang berlaku di China memberi pengajaran buat kita.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.