Cara Nak Kenal Pasti Handbag Mewah FAKE Dengan Yang ORI. Sila Perhati 7 Ciri Ini!

Share

 

Harga sebuah beg tangan berjenama mewah bukan murah dan bagi orang biasa jika kita berhajat untuk memilikinya sudah tentu perlu menabung lama. Seharusnya dengan jumlah wang yang dikeluarkan kita perlu tahu bahawa beg tangan yang dibeli itu asli bukan tiruan atau fake.

Apatah lagi ketika ini terdapat banyak sekali barangan berjenama mewah tiruan dijual di pasaran termasuk di gedung membeli belah. Supaya anda tidak tertipu berikut adalah cara mudah untuk membezakan beg tangan asli dengan tiruan. Perhatikan tujuh aspek ini ya.

1. Perhatikan detail

Setiap item dikeluarkan oleh jenama mewah yang terkenal akan melalui pemeriksaan yang cukup teliti untuk melihat sebarang kerosakan sebelum dipasarkan. Setiap jahitan harus sempurna, tidak akan ada benang yang longgar atau tidak kemas serta ketidaksempurnaan lain.

2. Butang dan zip

Beri perhatian pada perkara kecil seperti butang, penarik zip, kunci atau besi penyambung tali pada beg. Ia harus sempurna dan tertera nombor atau nama pada item tersebut yang juga menandakan kualiti sesuatu produk. Sebagai contoh setiap beg Hermes tertera logo Hermes Paris made in France’ manakala bahagian belakangnya pula akan tertera tahun serta material yang digunakan.

3. Material

Beg dari jenama yang terkenal tidak mengguna material kulit yang kasar sebaliknya menggunakan jenis kulit yang berkualiti tinggi. Ia juga tidak akan berminyak dan melekit. Terdapat beberapa jenama beg tangan mewah yang lembut dan fleksibel namun bentuknya tidak akan berubah walau berapa banyak barang dimasukkan ke dalamnya.

4. Nama jenama

Kadang kala kerana terlalu teruja membeli kita tidak memerhatikan perkara utama iaitu nama jenama itu sendiri. Kebiasaannya barang tiruan menggunakan font berbeza untuk mencetak nama jenama selain kabur dan ada masa terdapat kesalahan ejaan.

5. Nombor siri

Nombor siri adalah antara ciri penting beg tangan yang asli. Biasanya label dan nombor siri inidilekatkan dengan cara yang khusus dan sukar untuk ditanggalkan tanpa merosakkan beg. Manakala barangan tiruan selalunya hanya menggunakan stiker tertera nombor yang ditampal hanya dengan gam.

6. Kemasan/bungkusan

Selalu ingat beg tangan mewah akan datang dengan kemasan atau pembungkusan yang istimewa dan kemas. Aksesori lain juga akan didatangkan dalam satu pakej bukan berasingan. Mereka tidak akan meletakkan caj tambahan untuk aksesori itu.

7. Karakteristik berbeza

Sebelum pergi ke butik untuk membuat pembelian cuba buat penyelidikan pada jenama yang dihajati. Sebagai contoh, beg Prada asli tak akan menggunakan warna yang kontra untuk lapisan dalam dibandingkan dengan warna luar beg. Warna yang dipilih untuk dua bahagian ini biasanya serasi.

Contoh lain adalah tas tangan Dior akan menggunakan lapisan warna merah cerah untuk bahagian dalam yang tertera logonya.

Sumber: www.brightside.me

 

IKLAN