Terbang bercuti sama ada dalam atau luar negara memang waktu yang ditunggu tunggu. Tapi tak semua yang pergi bercuti ini ada bajet yang banyak. Ramai juga yang mengumpul jangka masa lama untuk merealisasikan impian bercuti ini.
Sebab itu ada yang sangat berkira tentang bajet termasuklah tambang untuk ke KLIA yang kita tahu agak mahal. Jika ambil kenderaan e hailing atau teksi harganya mesti lebih dari RM60 biasanya.
Tapi bagi yang nak jimat ada cara yang murah sebenarnya untuk kita ke KLIA. Kaedahnya dikongsi oleh @elybaeraq di akaun Twitter miliknya.
Caranya guna saja MRT Laluan Putrajaya dan berhenti di stesen terakhir iaitu stesen Putrajaya Sentral. Kos untuk perjalanan ini hanya RM9.40 saja.
Ads
Cara jimat pergi KLIA2, kos bawah RM10
-Saya jumpa cara baru yang murah nak pergi ke KLIA2.
-Saya hanya belanjakan RM9.40 pergi ke sini menggunakan MRT ke Putrajaya Sentral dan tukar ke Transit KLIA.
Ads
-Saya memang agak kedekut dengan diri sendiri sebab itulah saya tak nak gunakan pengangkutan e-hailing yang menelan kos RM75. Cara ini juga lagi murah daripada gunakan kereta api ekspres.
Ads
Selain itu jelasnya perjalanan menggunakan MRT tersebut adalah percuma memandangkan dia menggunakan My50 Unlimited Travel Pass (My50).
INFO: Bagi mereka yang tidak melanggan My50, boleh menggunakan MyCity Pass dengan harga RM5. Melalui pas ini kita boleh menaiki MRT ke mana saja dalam masa satu hari tanpa had atau caj tambahan dikenakan.
Teringin nak makan nasi ayam tapi bila ingat nak kena masak banyak step terus tak jadi. Kalau macam tu perasaannya boleh ikut cara masak nasi ayam super senang perkongsian Khairul Abdullah. Sekali masak terus siap nasi dan lauk! Masak nasi dan ayam sekali saja dalam satu periuk.
Kata Khairul kaedah one pot nasi ayam ini memang mudah, yang baru belajar menu ini pun confirm boleh buat dan rasanya pun super sedap! Nak cuba? Ini caranya.
Cara buat one pot nasi ayam
Bila anak petik nak makan nasi ayam aku ada 2 option. Pertama sama ada order saja atau kedua, buat sendiri nasi ayam ‘bodo’ yang super sedap.
Memandangkan semua bahan ada, terus aku bersilat. Kejap jer siap sebab ini adalah spesis One Pot Nasi Ayam, yakni jenis masak sekali harung atau sekali jalan ni. Mana taknya, semua campak satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Mudah yakmat. Cara nak buat dia ni kalau nubis buat pun kompom sedap.
Bahan-bahan untuk nasi dan lauk
1 ekor ayam saiz kecil – dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras – tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih -dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 helai daun pandan -dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara masak
1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang tak berapa kita gemar tu boleh direbus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang dah dipotong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan ikut jenis beras kita guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.
Siap dah.
Kalau tak suka ayam putih moist begitu boleh keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Cara buat sambal
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Cara buat kicap
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap.
Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar. Nasi tu kalau makan saja pun sedap dah.
Setiap wanita akan ada paling tidak satu berus mekap dalam simpanan mereka. Kegunaannya sama ada untuk menyapu bedak, bedak asas, pemerah pipi, gincu ataupun pembayang mata.
Bulu sintetik vs bulu binatang
Kebiasaannya kita akan memilih bulu daripada sintetik untuk digunakan. Bulu sintetik ini diperbuat daripada sumber plastik dan nilon yang dicipta untuk menyerupai helaian rambut atau bulu binatang.
Tapi banyak juga yang dijual di pasaran berus yang menggunakan bulu binatang seperti kambing, anak kudai, tupai cuma yang ditakuti kita terbeli dan terpakai bulu daripada binatang yang ‘haram’ digunakan untuk Muslimah.
Jadi macam mana mahu mengenal pasti bulu sintetik dan bulu binatang terutama yang haram? Sebelum beli sila lihat ciri ini pada berus mekap yang dijual.
Cara kenal pasti berus daripada bulu binatang termasuk khinzir
1. Ia boleh dikenal pasti melalui istilah yang mungkin tertera pada label produk seperti “Hog Bristle”, “Pig Bristle” atau “Boar Bristle”.
2. Ada beza berus daripada bulu sintetik dan juga bulu binatang seperti khinzir. Bulu sintetik biasanya akan dilihat lebih bersinar daripada bulu binatang. Jadi anda boleh mengenal pasti dengan cara ini tanpa perlu menyentuhnya.
3. Selain itu berus mekap dari bulu binatang juga akan lebih mudah dicabut berbanding bulu sintetik yang lebih kuat.
4. Berus mekap yang berasaskan bulu binatang juga lebih lembut teksturnya berbanding berus sintetik.
4. Bulu daripada khinzir juga boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri. Paling jelas bulu khizir biasanya bercabang. Jadi elak dari membelinya.
5. Selain itu jika sudah terbeli dan meragui ia adalah bulu daripada binatang, anda boleh membakarnya. Jika terbau seperti daging terbakar bermakna ia adalah bulu binatang.
Di samping berus mekap, bulu daripada binatang ini juga boleh digunakan untuk membuat berus pembersih rumah mahu pun berus cat. Anda boleh mengenal pastinya dengan cara yang sama.
Bagi yang suka hidangan pedas, stok cili kena sentiasa ada di rumah. Lagi baik kita tanam sendiri satu atau dua pokok. Selain cili kampung, cili bara ini juga antara yang boleh kita tanam.
Jika mahu hasil buah cili yang lebat selain elok tanpa serangan perosak boleh ikut panduan penanaman Harun Arun ini.
Ini pokok cili bara yang usianya 4 bulan.
1. Semai biji benih cili bara, bila dah naik empat daun bolehlah alih. Untuk info; kalau nak tanam cili bara tanam guna biji benih asal yang ada jual di pasaran. Tak digalakkan guna biji benih dari buah yang dah ditanam.
2. Dua minggu sebelum tanam, tanah digaul dulu dengan tinja ayam proses. Pilih anak pokok yang sihat untuk ditanam, mana yang bantut atau daun nampak ada tak sihat buang terus.
3. Selepas tanam, seminggu sekali letak baja kopi, minggu ketiga selang dengan baja organik, EM, fish protein + seaweed, trichoderma, cuka kayu & oligo chitosan buat siram dan spray pada daun seminggu sekali, boleh gabung semua sekali.
4. Apabila pokok mula berbunga/berbuah tambah lagi satu barang iaitu calcium boron (untuk pembentukan buah yang cantik & kulit yang tebal). Kalau rajin 2 minggu sekali foliar dengan epsom salt & diluted seawater(kalau tiada air laut boleh guna garam dapur untuk sumber mineral).
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...