Cara Paling Murah Pergi KLIA2, Tambang Bawah RM10. Tak Perlu Bayar E Hailing Sampai RM75

Share

Terbang bercuti sama ada dalam atau luar negara memang waktu yang ditunggu tunggu. Tapi tak semua yang pergi bercuti ini ada bajet yang banyak. Ramai juga yang mengumpul jangka masa lama untuk merealisasikan impian bercuti ini.

Sebab itu ada yang sangat berkira tentang bajet termasuklah tambang untuk ke KLIA yang kita tahu agak mahal. Jika ambil kenderaan e hailing atau teksi harganya mesti lebih dari RM60 biasanya.

Tapi bagi yang nak jimat ada cara yang murah sebenarnya untuk kita ke KLIA. Kaedahnya dikongsi oleh @elybaeraq di akaun Twitter miliknya.

Caranya guna saja MRT Laluan Putrajaya dan berhenti di stesen terakhir iaitu stesen Putrajaya Sentral. Kos untuk perjalanan ini hanya RM9.40 saja.

Cara jimat pergi KLIA2, kos bawah RM10

-Saya jumpa cara baru yang murah nak pergi ke KLIA2.

-Saya hanya belanjakan RM9.40 pergi ke sini menggunakan MRT ke Putrajaya Sentral dan tukar ke Transit KLIA.

-Saya memang agak kedekut dengan diri sendiri sebab itulah saya tak nak gunakan pengangkutan e-hailing yang menelan kos RM75. Cara ini juga lagi murah daripada gunakan kereta api ekspres.

Selain itu jelasnya perjalanan menggunakan MRT tersebut adalah percuma memandangkan dia menggunakan My50 Unlimited Travel Pass (My50).

INFO: Bagi mereka yang tidak melanggan My50, boleh menggunakan MyCity Pass dengan harga RM5. Melalui pas ini kita boleh menaiki MRT ke mana saja dalam masa satu hari tanpa had atau caj tambahan dikenakan.

Sumber: @elybaeraq

IKLAN