Nak buat karipap sardin, tapi malas pula nak menguli tepung. Kalau macam tu buat saja puff sardin perkongsian Mastura Razali.
Ini cara paling ringkas dan senang, guna kulit pastri segera, dan hasilnya memang rangup. Cara membuatnya ada dikongsi boleh beliau.
Lagi mudah kalau mak-mak dapat Khind 3.5L Air Fryersemua menu di hujung jarikan, harga pun tak mahal sangat.
Puff sardin paling senang
Puff sardin untuk minum petang, resepi paling simple dan senang untuk dibuat. Guna kulit pastri segera.
Bahan utama cuma kulit pastry dan sardin. Bahan sampingan bawang dan cili untuk masak sardin dan sebiji kuning telur untuk disapu atas pastri.
Cara membuat:
Ads
1.Hancurkan sardin, tumis bawang putih, bawang holland, dan cili, sampai garing. Kemudian masukkan sardin dan masak sampai agak kering. Perasakan dengan garam gula secukupnya. Siap.
2.Ini kulit pastri yang digunakan, saiz kecil ada 10 keping. Letak inti di sebelah, dan sebelah lagi buat beberapa torehan.
Ads
3.Lipat hingga menutupi semua inti dan tekan bahagian tepi dengan garfu.
4.Sapu kuning telur atas pastry dan daun parsley (jika suka).
Ads
6. Sedia untuk dibakar, bakar suhu 200 darjah selama 20 minit api atas bawah.
Siap hidangan petang yang senang.
Boleh juga dibakar menggunakan air fryer. Selamat mencuba.
Raised bed garden tak semestinya kena ruang luas, kawasan kecil sudah mencukupi. Tetap boleh bercucuk tanam untuk makan sendiri.
Inilah yang dipraktikkan oleh Lynda Hassan. Jika sebelum ini menanam sayur dalam botol, dia kemudian mencuba pula kaedah penanaman dalam petak atau raised bed garden.
Ringkas saja petak yang dibuat tapi sayur-sayurannya tetap subur, hasil air semburan bunga cengkih. Berikut adalah perkongsian beliau bagi yang ingin mencuba.
Cara tanam sayur dalam petak
Sebelum ini tanam sawi & kangkung dalam botol. Bila tengok orang tanam dalam petak-petak kita pun nak cuba.
Ini first time tuai sawi tu. Alhamdulillah segar bugar. Ada sikit daun kena makan dengan belalang, serangga perosak lain tiada.
Cara saya buat:
Saya guna 100% tanah sawit, kedalaman tanah lebih kurang satu jari.
Buat petak dari kayu terpakai saja.
Boleh juga buat atas laman bersimen tapi sebelum masukkan tanah, alas dulu dengan plastik.
Biji benih semai dulu di tempat lain, selepas keluar empat daun baru alih ke petak.
Siram dan letak baja, saya guna baja tinja arnab kerana pelihara haiwan ini.
Selepas alih ke petak lebih kurang tiga minggu dah boleh tuai hasil.
Supaya sayur subur dan tak kena serangan serangga guna semburan air bunga cengkih. Sembur pada daun dan batang.
Cara buat air semburan bunga cengkih
Ambil periuk masukkan 2-3 liter air.
Tambah 2-3 sudu bunga cengkih dalam periuk.
Rebus hingga mendidih dan tutup api.
Biarkan air semalaman.
Esoknya boleh masukkan dalam botol penyembur. Letak 1/2 air cengkih dan tambah air paip biasa hingga penuh botol.
Sembuh pada daun dan batang pokok sayur. Hari-hari pun boleh.
Pati cengkih yang lebih simpan untuk kegunaan lain hari.
Kalau makan di restoren atau beli hidangan ikan siakap stim agak mahal. Tapi berbeza kalau kita buat sendiri. Sangatlah jimat.
Beli ikan saja sebab bahan-bahan untuk buat menu ini sebenarnya dah ada di rumah kita. Cuba tengok resipi Nazra Queen ni senang saja. Modal dia cuma beli ikan siakap RM10 seekor.
Hidangan mahal di restoran tapi sangat murah kalau buat sendiri
Bahan-bahan:
Seekor ikan siakap
2 inci halia
1 biji bawang Holland
2 batang serai
1/2 labu bawang putih
1 pokok ketumbar
1 biji cili api
Bahan-bahan lain
1 sudu garam
3 sudu besar gula
3 sudu sos ikan
3-4 sudu pati limau segera/ 1/2 biji jus limau nipis
1 gelas air
Cara penyediaan
1. Bersihkan ikan dengan i biji limau kasturi yang dibelah dua. Gosok pada bahagian luar dan dalam ikan kemudian bilas.
2. Hiris halia, bawang, serai kemudian tabur atas ikan. Halia tu bukan hiasan tau. Boleh makan untuk hilangkan angin dalam badan.
2. Masukkan air 1 gelas atau sehingga tenggelam ikan. Dah masukkan semua bahan, tutup dengan penutup periuk. Masak guna api sederhana.
3. Lepas 10 – 15 minit jadi macam ni. Semerbak bau. Boleh tengok ikan dah masak atau belum dan rasa juga kuahnya, cukup rasa atau tidak. Seharusnya ada rasa masam manja-manja, pedas, manis sikit-sikit.
Bila rasa dah ok, ikan dah masak alih dalam bekas yang sesuai, tabur cili api dan daun ketumbar.
Sekarang musim cempedak, buah ini kalau digoreng memang sedap. Tapi jika beli, harga cempedak goreng ini memang mahal. Ada yang jual seketul RM1, sampai kita berkira nak beli.
Supaya puas makan dan lebih jimat eloklah beli saja cempedak sebijik dan goreng sendiri. Nak dapat cempedak goreng yang hasilnya macam peniaga tepi jalan tu boleh saja. Ikut sukatan yang dikongsi oleh Yayar Awang Noh.
Sukatan inilah yang beliau gunakan untuk berniaga gorengan sejak 20 tahun. Ujarnya bancuhan ini boleh digunakan untuk sebiji cempedak atau dua sikat pisang.
Sukatan bancuhan tepung untuk cempedak goreng
Tepung bancuhan ini yang keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kena pekat sedikit dari pisang.
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
Suku cawan tepung gandum
1/2 sudu serbuk kunyit
Sedikit kapur makan
1 sudu besar gula
1 sudu garam
1 biji telur ayam/itik
Kelapa parut atau bijan (jika suka)
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan.
2. Gaul sebati, boleh tambah kelapa parut dan bijan ketika ini jika suka (lagi sedap). Kalau
3. Masukkan ulas cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan warnanya. Angkat dan tos minyak, sedia dihidang.
Tercekik tulang ketika makan, petua biasa yang dipraktikkan ramai adalah makan gumpalan nasi atau pisang.Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah...