Jimatkan Masa Gosok Baju Yang Menimbun, Guna Kaedah Lapik Aluminium Foil

Share

 

Selain melipat, rutin menggosok pakaian antara kerja rumah tangga yang kurang digemari kaum wanita. Ia bukan saja mengambil masa malah tenaga kerana kepanasan.

Tapi Afnee Baker telah berkongsi satu kaedah yang mampu memudahkan kerja menggosok pakaian.

Kaedah yang dipraktikkan ini dikatakan dapat menjimatkan separuh daripada masa kaum ibu khususnya untuk tugas ini sekaligus bil elektrik kita.

Caranya adalah dengan meletakkan aluminium foil di bawah pengalas papan seterika atau iron board.

Logiknya semasa menggunakan seterika, aluminium foil ini akan turut panas secara tak langsung seolah-olah kita menggosok pada kedua-dua bahagian baju secara serentak.

Ikuti langkah yang dikongsi.

Langkah 1

Bahan yang diperlukan aluminium foil, kain secukupnya, pelekat dan stapler.

 

 

Langkah 2

Lekatkan aluminium foil pada papan seterika kemudian kemaskan dengan pelekat.

Langkah 3

Alas bahagian atas aluminium foil dengan kain, kemaskan dengan stapler.

Langkah 4

Siap dan boleh digunakan. Inilah hasilnya menggunakan kaedah aluminium foil pada papan seterika.

 

Selamat mencuba

Sumber Facebook Afnee Baker

 

IKLAN