Cara Pilih Minyak Masak Yang Elok & Tak Berbuih, Tengok Logo CP

Share

Bila beli minyak masak biasanya kita pilih berdasarkan harga. Ambil mana yang murah, atau pun pilih ikut jenama yang biasa kita pakai. Jarang sangat kita ambil perhatian berdasarkan kandungannya.

Tapi lepas ni kena perhatikan terutama kali yang berkaitan dengan logo CP. Ini kerana ia menentu kandungan dan gred minyak masak. Perkara ini dijelaskan oleh seorang netizen iaitu Zam Sani dalam satu perkongsian beliau.

Apa Maksud CP Pada Pek Minyak Masak

Gred CP6 vs CP7 vs CP8 vs CP10, mana lebih baik?

Korang pernah tak beli minyak masak sebab murah sahaja, tak tengok label? Aku pun dulu macam itu.

Ingatkan semua minyak sama sahaja, rupa-rupanya ada beza besar. CP6 dengan CP7 itu lain weh!

Bila guna minyak masak ini aku perasan ia cepat hitam, berbuih banyak dan kemudian makanan rasa pelik sikit. Minyak pun cepat habis, cair macam air dan kena tukar selalu.

Jadi, aku pun periksa balik minyak yang aku beli. Sekali tengok dekat botol, ada tulis CP7.

Perbezaan gred minyak masak

Aku buat research sikit, aku WhatsApp klien aku owner rumah di Kempas (tokey kilang minyak masak). Dia pernah minta aku jualkan rumah dia. Nah ini perbezaannya:

CP6 – Minyak lebih sihat, ada Vitamin E, Tocotrienols, kurang berbuih dan makanan rasa lebih sedap.

CP7 – Kandungan asid lemak lebih tinggi, minyak cepat berbuih dan makanan pun cepat serap minyak.

CP8 – Minyak paket banyak untuk restoran dan warung kecil, tapi kalau guna terlalu lama, minyak cepat berbuih dan jadi hitam.

CP10 – Minyak peket, gred rendah, senang berkeladak, sesuai untuk peniaga guna sekali atau eksport ke negara dunia ke-3 seperti India & China.

Lepas tahu semua ini, aku terus tukar ke gred CP6. Kali ini, aku beli Vesawit CP6 sebab ada tulis minyak sawit asli dan ada Vitamin E & Tocotrienols. Nak masak pun lebih yakin.

Sejak guna CP6, aku perasan minyak tak berbuih sangat, boleh pakai lebih lama dan makanan goreng jadi lebih rangup! Tak ada rasa pelik macam dulu.

Jangan buat silap macam aku. Jangan fikir minyak masak semua sama!

Sumber: Zam Sani

Published by
VK