Ramai kalangan kita duduk di rumah taman yang kita tahu tanahnya kurang subur malah tandus hingga sukar untuk bercucuk tanam.
Ini sedikit sebanyak membantutkan minat nak berkebun. Tapi perkongsian dari Mahadzir Hashim mungkin boleh membantu untuk merawat tanah kering tandus ini.
Cara rawatannya mudah cuma guna lebihan nasi dan juga kulit telur. Dalam tempoh sebulan tanah akan subur dan boleh sedia untuk bercucuk tanam.
Tanah kembali segar dalam sebulan, sedia untuk bercucuk tanam
Hari ini saya nak ceritakan cara mudah rawatan tanah tandus terutamanya yang banyak terjadi di rumah taman. Atau kawasan tanah yang telah diambil topsoil.
Salah satu penyebab tanah tandus dan mati adalah faktor banyak semut api. Semut api ini musuh kepada cacing tanah. kehadiran semut api mengakibatkan pupusnya cacing dan tanah menjadi tandus. Cacing tanah adalah antara faktor utama kesuburan tanah.
Ads
Langkah 1- hapuskan semut api dulu
Langkah pertama perlu dilakukan adalah menghapuskan sarang semut api jika ada, dengan menggunakan racun semut. Jangan gunakan minyak tanah kerana ia memberi kesan pada rawatan tanah nanti.
Langkah 2- Siram & gembur
Setelah seminggu mulakan penggemburan tanah dan siraman air. Sediakan kulit-kulit telur dan nasi basi. Biasanya ini adalah lebihan bahan dapur kita setiap hari.
Ads
Langkah 3 – Tabur kulit telur & nasi basi atas tanah
Seterusnya taburkan kulit telur dan nasi basi tadi atas gemburan tanah dan sebatikan. Siram air supaya tanah basah kalau tiada hujan.
Langkah 4 – Biarkan seminggu
Biarkan selama seminggu supaya bakteria dalam tanah memberi tindakan.
Jika ada cacing di tanah yang berdekatan ia akan mula menghuni tanah ini kerana sudah ada makanannya. Atau jika tidak ada, anda perlu mengisi tanah tadi dgn cacing-cacing utk permulaan.
Ads
Langkah 5 – Lepas sebulan tanah akan segar sedia untuk bercucuk tanam
Dalam tempoh sebulan tanah tandus tadi akan menjadi tanah segar, subur dan bersedia menjadi tapak kebun dan semaian.
Jika terasa panas kurang segar, panas akibat cuaca selain air kelapa, air barli juga membantu memberi kesegaran. Tapi tak perlu tunggu tubuh rasa begini untuk minum air barli sebab air barli memang minuman yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Ia boleh dijadikan minuman harian juga.
Malah air barli ini juga antara rawatan tradisi untuk mereka yang mengalami masalah kencing kotor atau kencing tak lawas. Bagi yang mengalami keadaan ini bolehlah buat sendiri air barli ini. Sedap dan bermanfaat. Caranya dikongsi Azrina Ein.
Panas-panas rasa segar saja air barli homemade. Air ni juga bagus untuk mereka yang ada masalah kencing kotor dan kencing tak lawas.
Bahan-bahan
Barli
Gula kundur
Kismis
Gula batu
Daun pandan
Cara membuat
Rendam barli 5 minit untuk buang kotoran. Cuci bersih barli.
Masuk ke dalam periuk, tambah air dan daun pandan.
Masak sampai barli kembang baru masukkan kismis, gula batu dan kundur. Boleh minum panas atau sejuk.
Manfaat lain air barli
1. Menstabilkan tekanan darah tinggi kerana barli sarat dengan kandungan kalium, kalsium dan magnesium yang boleh membantu mengawal masalah itu.
2. Melegakan perut dan ia membantu merangsang proses pengeluaran sisa makanan melalui salur pencernaan dan penghadaman ekoran ia mengandungi kandungan serat yang sangat tinggi.
3. Minimumkan risiko sakit jantung kerana bijian ini kaya dengan niasin yang merupakan subjenis vitamin B di mana ia akan mengurangkan jumlah kolesterol jahat atau LDL.
4. Sesuai untuk yang berdiet kerana bijian ini paling rendah kalori namun boleh membuat individu kenyang lebih lama. Kesannya, anda tidak akan makan pada kadar lebih banyak.
Selalu bila masak singgang kita guna ikan, cuma jenis ikan saja yang berbeza ikut cita rasa. Tapi selain dari ikan kita juga boleh masak singgang menggunakan ayam.
Singgang ayam ini antara menu biasa di negeri Pantai Timur. Bagi yang tak pernah cuba boleh masak mengggunakan cara yang dikongsi oleh Myra Edora. Lauk ini juga cukup ringkas, cuba gaul dan rebus saja. Senang tapi sedap sangat. Makan pulak dengan sambal dan ulam, terbaik gabungannya.
Cara buat singgang ayam, senang tapi sedap sangat
Bahan-bahan:
Ayam dipotong dan dibersihkan
Bawang merah – hiris
Bawang putih – hiris memanjang
Halia – hiris memanjang
Lengkuas – hiris
Serai – ditumbuk
Rempah ketumbar – tumbuk
Lada kering – dipotong
Cili api
Asam keping
Garam
Gula
Budu
Cara membuat
Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam periuk. Gaul rata.
2. Letak budu, garam gula sekali dan gaul lagi.
3. Tuangkan air ikut sukatan yang dikehendaki tapi jangan terlebih.
4. Buka api dan rebus hingga mendidih dan ayam masak.
Tip: Lebihkan bawang merah dari bawang, lagi sedap.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...