Aktiviti berkhemah atau camping mahu pun picnic sejak dulu lagi menjadi antara acara hujung minggu terutama buat yang sudah berkeluarga.
Malah ketika ini semakin ramai yang melakukannya. Tak kira di pantai, kawasan air terjun dan sebagainya ada yang setiap minggu melakukan aktiviti ini.
Untuk keselesaan ketika bersantai, selain khemah boleh DIY side awning flysheet pada kereta begini. Cara senang dan jimat tapi cukup untuk lindung dari panas atau hujan.
Apa yang diperlukan cuma suction hook, flysheet dan pole/tiang. Caranya dikongsi oleh Muhammad Al-Fathoni.
DIY bajet side awning flysheet pada kereta
Ini DIY saya untuk SIDE AWNING flysheet kereta. Nak beli retractable side awning tu mahal, jadi boleh DIY dengan cara bajet ni. Saya dah cuba di tempat angin kencang, Alhamdulillah bertahan dengan jayanya. Penerangan ada di setiap gambar.
1. Lekatkan suction hook atas kereta. Pastikan beli yang berkualiti. Yang saya gunakan ini boleh menampung 3 kg. Paling penting, bersihkan permukaan dari sebarang habuk supaya suction tidak tercabut. Suction hook ini saya beli di Mr DIY saja.
Ads
2. Masukkan hujung flysheet pada suction hook. Adalah lebih efisien untuk gunakan flysheet yang ringan, boleh beli di kedai peralatan sukan atau online. Klik SINI untuk link.
3. Saya gunakan 3 suction hook, bergantung kepada saiz flysheet anda. Saiz flysheet ini 3×4 meter.
Ads
4.Kemudian tambah dua batang pole di hujung yang sebelah lagi. Akhir sekali, tegangkan dengan tali. Boleh beli tiang untuk mengecat yang boleh extend di hardware.
5. Pastikan panjang pole jangan terlalu pendek. Nanti terpaksa membongkok pulak berjalan bawah awning ni. Buat tinggi terus pun takpe. Kalau kereta yang memang dah tinggi tak jadi masalah.
Ads
Macam ni lah rupa dia. Ini dah test. Survive angin kencang 1 jam lebih.
Kebiasaannya setiap rumah akan ada rice cooker untuk mudahkan kita masak nasi. Malah ramai lagi yang masih pakai jenis ini meski dah keluar pelbagai rice cooker yang lebih canggih.
Selalunya bila dah agak lama gune, rice cooker jenis ini akan mengalami masalah tak boleh on atau berfungsi. Lampu tak menyala dan berfungsi bila tekan suis untuk memasak nasi.
Kalau terjadi begini, walaupun rice coooker dah lama tapi jangan terus buang. Ia masih boleh dipakai dan dibaiki sendiri. Cara baiki pun mudah sangat, memang boleh DIY. Tukar fius saja.
Dikongsi oleh Wan Azmi ini panduan baiki rice cooker yang boleh kita lakukan sendiri.
1. Lampu yang dibulatkan takkan menyala bila rice cooker ini dah ‘mati’/ tak berfungsi.
2. Cara baiki, terbalikkan rice cooker dan buka skru cover.
3. Buka bahagian yang dibulatkan.
4. Tukar thermal fuse/ bahagian yang dibulatkan. Boleh cari di kedai sparepart elektrik atau Shopee. Kos dalam RM5. Pastikan beli jenis yang sama ya.
Selepas ganti fius tadi dengan yang baru, pasang semula ikut aturan. Insya-Allah rice rice cooker anda akan kembali berfungsi seperti biasa.
Bunga kantan ini wajib kita simpan kerana akan jadi bahan masakan berharga terutama musim perayaan. Selalu ‘sold out’ pada waktu kita nak guna.
Supaya tak putus stok bunga kantan ini, seeloknya bila terjumpa bunga kantan yang segar dijual terus beli dalam jumlah banyak kemudian ‘frozenkan’.
Tapi untuk ‘frozenkan’ bunga kantan ini ada caranya, supaya tak hitam. Caranya dikongsi oleh Badariah Ayu Ayuariff.
1. Bersihkan bunga kantan dengan air kemudian belah.
2. Sediakan plastik, boleh guna plastik aiskrim kemudian isikan dengan air.
3. Masukkan bunga dan letak dalam bahagian sejuk beku.
Bunga kantan yang dibekukan ini ujarnya boleh tahan berbulan-bulan. Bila hendak digunakan untuk memasak boleh masukkan terus kerana bunga kantan ini sudahpun dibersihkan.
Rasa nak masak kari, ambik saja daunnya dari pasu. Kan senang, itulah kelebihan kalau tanam sendiri pokok kari. Tak perlu susah-susah pergi kedai.
Lagi pun nak tanam pokok kari ini tak susah mana. Bila pergi kedai cari daun kari yang ada ranting/ batang untuk dicambahkan benih dan boleh tanam dalam pasu saja.
Cara penanamannya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nomie Mat Lias.
Cara tanam pokok kari dalam pasu
1. Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari. (Contoh dalam gambar)
2. Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3. Jika panjang, kerat 2/3.
4. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari)
5. Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6. Cucukkan batang kari tadi.
7. Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8. Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9. Pindahkan ke tanah / pasu besar.
10. Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.