Cara Rebus Kerang Tanpa Air, Lagi Sedap. Isi Lebih Lembut, Tak Liat Dan Tak Berair

Share

Rebus kerang tanpa air? Selalu nak makan kita rebus dengan air tapi kalau tanpa air macam mana pula.

Sebenarnya boleh saja dan hasil kerang yang direbus cara ini juga lebih sedap. Isi kerang lagi lembut, tidak liat dan tiadak berair.

Caranya boleh ikut perkongsian Syah Musafir.

Cara rebus kerang tanpa air

Untuk merebus kerang, ikut tip isteri saya Rahimah AR Zawjah Rahimah Ab.Rahman, tak perlu guna air pun.

Pelik, kan, rebus tak guna air? Tak guna air, sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.

Sebelum ini saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah! Alhamdulillah.

Caranya seperti di bawah;

1.Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Api wajib kecil. Jangan guna api besar.

2.Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.

3.Nampak berasap macam ni sebab tak ada air.

4.Seketika kemudian, air dari kerang mulai keluar. Mendidih.

5.Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.

6.Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Syah Musafir

IKLAN