Kalau lesen memandu dah tamat tempoh atau ‘mati’ waktu PKP ini, jangan risau nak ke pejabat pos atau JPJ.
Boleh buat secara online. Duduk rumah isi borang melalui laman web myeg dan tunggu saja lesen dihantar melalu pos. Senang kan. Boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh DamianaJun.
Step by step renew lesen online
Bagi yang nak renew lesen boleh buat online. Saya share step by step macam mana nak buat. In shaa Allah senang saja, dah siap posmen hantar sampai depan pintu.
1. Buka portal www.myeg.com.my. Masukkan username dan pasword. Kalau belum register, sila buat dulu. Senang saja.
2. Nanti akan keluar paparan begini dan pilih logo JPJ sebab kita nak berurusan dengan JPJ.
3. Kemudian akan keluar senarai perkhidmatan, pilih Driving License Renewal.
Ads
4. Tekan proceed.
5. Isi segala maklumat yang diminta antaranya tempoh pembaharuan lesan, isi alamat jika nak lesen dihantar.
Ads
6. Dah selesai isi, akan keluar paparan ini. Semak untuk pastikan semuanya betul. Kemudian tekan proceeed.
7. Klik setuju dan tekan proceed.
8. Akan keluar paparan pembayaran. Klik online banking.
Ads
9. Dah siap permohonan, tunggu dalam 4-5 hari untuk penghantaran lesen. Runner akan call terlebih dahulu.
Hidangan garlic bread dengan sup cendawan memang enak. Tapi nak makan ini kena lah ada garlic spread.
Lagi elok kalau dibuat sendiri sebab cara menyediakannya senang sangat. Cuma perlu bawang bawang putih, mix herb dan marjerin atau pun mentega.
Bila dah buat boleh makan garlic bread bila-bila masa dan sapuan ini juga tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. Cara membuatnya boleh ikut perkongsian Afy Al Habibi.
Cara buat garlic spread
Bahan-bahan:
– 2 labu bawang putih dicincang halus
– 2 sudu besar mixed herbs
– Marjerin atau butter (saya guna Naturel)
– Garam bagi yang nak rasa sedikit masin ( yang ini tak masin)
Cara membuat:
1. Panaskan 1 sudu besar marjerin, guna api perlahan sahaja. Kemudian, tuang bawang putih yang telah dicincang tadi.
2. Setelah bawang mula naik bau dan sedikit garing, masukkan 2 sudu besar mixed herbs.
3. Kacau rata. Tunggu herbs tadi naik bau seketika sebelum ditutup api. Waktu ini bau wangi bergabung menusuk jiwa. Biarkan bawang putih ini betul sejuk dulu.
4. Dalam mangkuk, masukkan 9 sudu besar marjerin Naturel. Tambahkan bawang putih dan mixed herbs yang telah sejuk tadi. Gaul rata.
5. Masukkan dalam bekas kedap udara. Sapuan ini tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. Jadi kalau buat banyak tiada masalah.
Cara guna:
-Sapu tipis pada roti wheat bran sebelum sedia untuk dibakar.
-Bakar atas pan non stick. Biar roti garing lagi sedap.
-Sedia untuk dimakan.
Rasa nak masak kari, ambik saja daunnya dari pasu. Kan senang, itulah kelebihan kalau tanam sendiri pokok kari. Tak perlu susah-susah pergi kedai.
Lagi pun nak tanam pokok kari ini tak susah mana. Bila pergi kedai cari daun kari yang ada ranting/ batang untuk dicambahkan benih dan boleh tanam dalam pasu saja.
Cara penanamannya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nomie Mat Lias.
Cara tanam pokok kari dalam pasu
1. Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari. (Contoh dalam gambar)
2. Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3. Jika panjang, kerat 2/3.
4. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari)
5. Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6. Cucukkan batang kari tadi.
7. Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8. Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9. Pindahkan ke tanah / pasu besar.
10. Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.
Bagi yang punya laman luas atau kebun, rumput dan lalang yang meninggi memang masalah. Kalau dibiar lama kerja memotong rumput lagi ambil masa. Tapi nak tak kena buat supaya tak jadi ‘hutan’.
Bagi yang ada ‘misi’ potong rumput di laman atau kebun, tip yang dikongsi oleh Airiel Ibnu Sufian boleh dipraktikkan jika menggunakan mesin rumput.
7 tip potong rumput
Mesti ramai yang geram tengok rumput laman sendiri dan nak potong tapi belum dapat buat atas sebab-sebab tertentu.
Berikut saya share beberapa tip yang boleh korang guna masa potong rumput/menebas menggunakan mesin rumput.
1. Bila nak guna Tali/Nylon?
– Untuk yang nak potong rumput biasa atau rumput tebal yang tak tinggi dari paras lutut, seeloknya pakai tali/nylon saja.
– Kalau dalam satu kawasan hanya ada rumput/tumbuhan lembut sahaja. Kalau semak jenis berkayu, better pakai mata pisau.
– Tali/nylon banyak jenis, pilihla ikut cita rasa. Trial and error sendiri sebab susah nak explain effect dia macam mana bila guna lain lain jenis tali.
2. Kelebihan pakai tali/nylon
Mudah nak potong di celah-celah bucu dinding/pangkal pokok/permukaan sempit. Tak merosakkan objek sekeliling sangat (kalau permukaan lembut rosak jugak – so, hati-hati)
3. Bila nak guna mata pisau?
Untuk semak samun macam dalam gambar di atas, memang elok sangatlah pakai mata pisau. Jenis mata pisau pulak boleh dipelbagaikan mengikut keperluan.
4. Mata pisau biasa – tak lebar
Ini khas untuk semak berkayu tapi tak heavy. Harga dekat hardware bawah RM10 je. Mudah bengkok. So, kalau semak yang hardcore, anggap salah pakai buang. Sebab lepas settle buat kerja confirm bengkok/sumbing dah pisau.
5. Mata pisau tebal & lebar
Ini untuk semak level atas sikit dari no 4. Semak berkayu atas paras peha. Saiz kayunya pun dah lebar 3-4 jari. Setakat batang ubi kayu potong macam kemuncup saja. Takde hal. Tapi hati-hati kalau bilah dah bengkok/sumbing sikit sebab dia mudah ‘melibas’ batang kayu ke betis kita. Ini cerita atas pengalaman sendiri. Betis dah jenuh lebam bantai dek batang kayu terpelanting.
6. Mata 3 (Bentuk bintang tapi 3 mata)
Ni otai segala pisau. Sapa lu mau langgar? Lu kasi tau.. Ini mata takda kasi can punya!
7. Mata bulat (macam circular saw punya mata)
Nak tebas semak, kurang sesuai. Kalau guna untuk tebang buluh, sesuai. Tapi be extra careful sebab kalau tak pegang kuat rod mesin, kita boleh terhayun rod bila mata pisau lekat dan membuatkan situasi extremely bahaya especially kalau ada orang lain sekeliling.
Inilah sedikit sebanyak tips yang dapat dikongsi. Bab ketar-ketar satu badan lepas mesin tu, normal. Jangan risau. Bila dah biasa main mesin rumput ni, ketar tu dah makin kurang.
Gambar: Tanah yang dah terbiar lebih 7 tahun. 12 hari ambil masa untuk habiskan menebas. Keluasan: Suku ekar.