Cara Ringkas & Senang Buat Soto Ayam. Kuah Soto Pekat Kaya Rempah, Mak Mentua Pun Puji Sedap

Share

Makan soto ayam memang sedap cuma bila nak buat ramai yang tak rajin sebab remeh. Tapi kan ada cara ringkas untuk buat soto ayam ini rupanya. Caranya dikongsi oleh Ezah Hazreen.

Cara buat soto yang ringkas, kuah pekat dan sedap

Ini bukan soto kuah sup biasa ya, ini soto yang pekat rasa rempah. Alhamdulillah dah 4 tahun buat soto ayam pakai resepi ini, suami tak pernah jemu makan, mak mentua pun puji sedap. Caranya lebih simple dan senang nak buat

1. Sediakan bahan-bahan:-
-Isi Ayam ( saya pakai bahagian isi sahaja)
-Bawang Besar /Bawang Holland 2 Biji **
-Bawang Kecil 5-6 biji **
-Bawang Putih 5 ulas **
-Halia 1 inci **
-Kunyit Hidup (saya pakai serbuk kunyit) **
-Serai (ketuk)
Kisar semua sahan bertanda ( ** )

2. Sediakan bahan perencah
-Perencah Kurma 2 paket Kecil
-Perencah Sup 1 paket kecil
-Sup Bunjut Tulang (ada sekali dengan rempah 4 sekawan)
-Kiub Ayam Knorr

3. Tumis rempah 4 sekawan dengan minyak dulu.

4. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dengan serai yang diketuk. Tumis sampai pecah minyak.

5. Kemudian masukkan rempah sup + kurma tadi, boleh tambah air kalau takut hangus, masak sampai pecah minyak sikit.

6. Lepas dah pecah minyak, masukkan isi ayam dan masak ayam sampai kecut.

7. Bila ayam dah kecut masukkan air dan sup bunjut tadi, air boleh laraskan ikut cita rasa sama ada nak pekat atau cair sikit.

8. Kuah dah mengelegak masukkan kiub ayam, saya pakai 2 kiub ayam, masak sampai isi ayam tadi betul-betul masak.

9. Keluarkan isi ayam dari kuah, biarkan sejuk sekejap lepas tu carik isi ayam tu. Panggil suami yang tengah tengok tv tu tolong carik.

9. Boleh perasakan kuah dengan garam /gula /serbuk perasa. Boleh tambah air jika mahu. Lepas rasa dah ngam dengan tekak boleh tutup api. Kuah siap!


Cara buat cili kicap :-

1. Sediakan bahan;
– Bawang Putih
-Cili Burung( hijau dan merah, merah jangan banyak sangat sebab pedas 😅)
-Kicap Jalen lemak manis
-Gula 2 Sudu
-Sedikit garam

2. Goreng kejap cili dan bawang putih. Waktu ini akan meletup-letup sikit.

3. Kemudian kisar semua bahan tadi. Cili Kicap Pedas siap!

Cara buat bihun keropok soto :-

1. Sediakan bahan
-Bihun ( tak perlu basuh biarkan keras)
-minyak

2. Panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas. Masukkan bihun sedikit, nanti bihun akan kembang macam keropok. Goreng beberapa saat saja ngan lama nanti hangus. Keropok Siap

Bahan lain soto ayam

-Nasi Impit
-Taugeh
-Isi Ayam ( Carik)
-Kacang Tanah (Goreng)
-Daun sup
Boleh jugak tambah Begedil

Siap dah boleh makan

Selamat mencuba.

Sumber:Ezah Hazreen

IKLAN