Selain tanam bawang untuk bawang atau ubinya, kita juga menanamnya untuk daun bawang yang banyak kegunaannya dalam masakan.
Bagi yang nak tanam bawang untuk daunnya boleh guna kaedah tanaman ini. Tanam bawang dalam botol. Sesuai juga untuk yang tiada ruang untuk menanam.
Bagi yang nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Anizah Mat Ali
1. Mula-mula tebuk balang atau botol ikut macam mana kita nak susun bawang. Boleh susun lubang cara bertingkat. Tebuk juga lubang bahagian bawah balang dan juga penutupnya.
2. Masukkan hydroton di bahagian bawah sekali, kemudian masukkan tanah sampai lubang paling bawah. Pastikan guna tanah baru.
3. Potong sedikit bahagian atas bawang, kemudian celup bahagian akar bawang dengan penggalak akar ke dalam lubang yang sudah berisi tanam. Tekan sikit supaya tak jatuh.
Ads
4. Letak bawang sehingga selesai lubang paling atas. Tekan tanah supaya mampat.
5. Atas sekali tu letaklah bawang yang terakhir. Kemudian siram bagi mengalir air ke bawah. Tanah perlu lembap bukan basah, barulah daun bawang naik subur.
6. Kemudian tunggulah sehingga pucuknya keluar. Dalam gambar ini baru seminggu usia daun bawang.
Ads
Boleh juga guna botol air mineral macam ni
Kaedah yang digunakan sama cuma cara ini bahagian bawahnya diletakkan air supaya sentiasa lembap. Perkongsian Halimah Abdullah.
Potong dua botol dan tebuk lubang. Letak bahagian corong di sebelah bawah. Letak span atau kain serap air kemudian letak air sebelum isikan dengan tanah.
Ads
Ini hasilnya.
Dua cara ini bukan saja mudah tapi juga nampak cantik!
Kalangan kaum wanita yang meminati dekorasi kediaman pokok hiasan Banana Plant, Fiddle Fig dan Monstera memang sedang jadi kegilaan
Tak dapat dinafikan kehadirannya mencantikkan ruang sebab itu ramai yang sanggup membelinya walaupun harganya mencecah lebih RM200 mengikut ketinggian.
Bagi yang berduit mungkin boleh beli tapi buat yang ada kekangan kewangan jangan risau ada cara untuk memilikinya.
Rupanya mungkin sedikit berbeza tapi pokok viral ini tetap boleh anda miliki dengan bajet serendah RM24. Ya betul!
Caranya dengan menghasilkannya sendiri menggunakan bahan-bahan yang lebih murah seperti dikongsi oleh Fadilah Ariffin ini.
Assalammualaikum. Saya kongsikan barang-barang yang digunakan dan tutorial untuk DIY pokok viral ni. Tapi kali ni saya guna daun Monstera.
Total Kos RM24.30
Daun ECO (1 paket ada 4pcs) 6 paket X RM2.10
Rumput ECO RM2.10
Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50. Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di My One Shop – RM4.50 seikat, ada dalam 10 batang.
Pasu ECO RM2.10
Span Bunga My One Shop RM1.50 X 2 = RM3.00
Dawai Bunga RM1.00 (ada 28)
Tape bunga RM2.00 (ada 2 roll). Guna 1 roll je
Macam mana? Senangkan, bolehlah buat untuk hias rumah sempena raya ni.
Jika kediaman yang kita duduki mempunyai kayu walau pun tak banyak maka ia berisiko untuk terkena serangan anai-anai. Malah jangan ingat rumah yang simen kesemuanya tidak berdepan masalah ini.
Jika kediaman diserang haiwan kecil ini memang banyak barang akan jadi makanannya sehingga boleh habis kesemuanya. Sebab itu petanda kehadiran anai-anai ini perlu kita kenal pasti.
4 keadaan di bawah adalah petanda anai-anai sudah ada dalam rumah dan tidak mustahil sudah menjajah rumah.
Warna kayu berubah
Lihat warna pada kerangka pintu dan tingkap atau lantai kayu, jika sudah berubah warna dari coklat gelap kepada coklat cari ini bermakna terdapat anai-anak di situ.
2.Laluan anai-anai
Tanda ini paing mudah, kita akan dapat lihat laluan anai-anai seperti satu laluan panjang bersaiz pensil muncul keluar dari perabot kayu atau kerangka pintu dan tingkap.
3. Kalkatu berterbangan
Kehadiran kalkatu selalunya menandakan kawasan berkenaan ada anai-anai bersarang.Perhatikan di kawasan mana yang kalkatu selalu keluar dan makan, anda akan dapat mencari anai-anai di situ.
Ada rekahan atau lubang pada kayu dalam rumah
Cuba ketuk perlahan pada bahagian kayu di sekitar rumah bagi mengesan lubang. Perhati dengan teliti sebarang rekahan pada kerangka berkayu. Di sinilah anai-anak berkumpul.
Selain itu perhatikan juga jika ada bunyi ketukan berbeza pada tempat tertentu.Kalau anda terjumpa selut berpasir di rekahan tu, ia menandakan kehadiran anai-anai.
Langkah segera hapuskan anai-anai
1. Gunakan asid borik
Kenal pasti laluan anai-anai dan juga perabot kayu yang menjadi mangsa kerakusan mereka, taburkan serbuk asid borik pada permukaannya. Jika anda jumpa lubang anai-anai lebih bagus.
Asid borik adalah bahan utama kebanyakkan racun kimia anai-anai. Asid ini akan melumpuhkan sistem saraf anai-anai dan terus mematikannya. Asid borik sangat efektif untuk menghapuskan anai-anai.
2. Kapur sirih
Siramkan air kapur sirih secara kerap ke atas laluan anai-anai dan juga permukaan kayu. Mengapa air kapur sirih berkesan? Jawapannya kerana kapur bersifat panas. Syukur anai-anai hanya mempunyai sesungut yang keras tetapi kulit anai-anai sangat nipis.mKepanasan kapur mampu membakar anai-anai.
3. Garam dapur
Taburkan garam di laluan anai-anai. Lebih bagus jika garam dilarukatn dan air larutan dijirus di kawasan yang diserang anai-anai. Biarkan semalaman.
4. Air basuhan beras
Cara ini agak mudah memandangkan hampir setiap hari kita lakukan perkara ini. Air basuhan beras mampu membunuh anai-anai. Simpan air basuhan pertama dan siramkan ke atas laluan anai-anai. Biarkan semalaman dan lihat kesannya. Mudah bukan?
5. Tembakau
Dapatkan tembakau dikedai runcit. Kemudian rendamkan di dalam air untuk menjadi larutan. Jirus atau siramkan larutan termbakau itu pada kayu yang diserang atau sarang anai-anai (jika jumpa). Biarkan semalaman, Larutan tembakau boleh membunuh anai-anai.
INFO: Rumah simen pun tak terkecuali
Meskipun anai-anai tidak boleh merosakkan simen dan konkrit, anai-anai masih boleh membuat sarang kawasan seperti ruang pendawaian elektrik dan corong paip. Bayangkan apa akan berlaku kalau anai-anai mampu menggigit dan menghadam simen dan konkrit? Nasib baik tak boleh.
Rekahan di dalam dinding adalah kawasan sempurna untuk anai-anai membiak. Apa sahaja yang menghalang laluan untuk mendapatkan sumber makanan mereka (kayu) contohnya plastik, akan dimakan anai-anai.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...