Cara Tanam & Jaga Pokok Kantan Yang Betul, Baru Subur & Banyak Bunga. Tip Dari Pekebun Kantan

Share

Ramai yang nak cuba tanam pokok kantan di rumah memandangkan kegunaannya dalam masakan pun banyak. Tambah lagi harganya pun boleh tahan juga.

Bagi yang nak mencuba menanam pokok kantan sama ada sikit atau banyak perkongsian dari Sadam Arffain, pekebun kantan ini boleh dijadikan panduan.

Panduan tanam pokok kantan

  1. Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di bawah yang diambil dari rumpunan pokok kantan. Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.

2. Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakkan kerana tumbesaran pokok tidak memberangsangkan.

3. Rhizome yang telah dicantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baiknya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.

4. Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.

5. Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.

6. Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.

7. Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.

8. Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.

9. Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.

10. Dalam tempoh 2 tahun, pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.

11. Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh di celahan batang pokok kantan.

12. Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.

13. Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.

14. Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.

Penjagaan pokok kantan

Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah

Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.

Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.

Hasilnya! Nak beli rhizome kantan untuk tanam boleh klik SINI

Semoga bermanfaat.

Sumber: Sadam Arffain

IKLAN