Hampir setiap bulan ramai yang akan menabung di Tabung Haji. Biasanya semua urusan ini kita gunakan perbankan internet yang dikenakan caj RM1. Walau pun sikit tapi duit juga kan.
Sebenarnya ada cara untuk kita pindahan wang ke Tabung Haji dari bank yang kita gunakan tanpa caj ini. Caranya guna Jompay, langkahnya dikongsi oleh Afiq Imam.
Caj RM1 tetap duit
Kalau sebelum ni nak transfer ke TH dari Maybank ke Bank Islam atau bank-bank lain, ada caj RM1 setiap transaksi. Kadang-kadang ada orang tak perasan caj tu.
Apa la sangat seringgit tu. Takkan nak jimat seringgit tapi habiskan duit minyak kereta dan masa ke ATM, bayar parking 60 sen, habiskan masa scan MySejahtera dan juga tenaga untuk lakukan semua ini.
Ads
Kalau nak buat pindahan secara percuma tu, boleh guna cara ni. Betul free, tanpa caj kepada kita.
1. Log masuk ke perbankan internet pilihan.
2. Pilih JomPAY.
3. Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – jika ada
*Amaun (RM)
4. Ikut arahan hingga selesai.
Ads
Cara JomPAY ni duit tak terus masuk. Ambil masa 1 hingga 3 hari bekerja dan hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan atau sebaliknya dana akan dikembalikan.
Ads
Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan app THiJARI.
Selain daripada menggunakan Jompay, boleh juga membuat pindahan tanpa caj melalui app ThiJARI. Tapi kenalah download dan juga daftar dulu.
Selain sardin, sandwic telur juga jadi kegemaran ramai untuk hidangan pagi. Ringkas tapi kenyang.
Nak buat pun senang tapi kalau nak lagi sedap, cuba letak bawang karamel seperti perkongsian penjual sandwic Suraya Yaacob.
Ujarnya inilah rahsia jualannya ‘digilai’ pelanggan dan dibeli saban hari tanpa jemu. Kata Suraya lagi bawang karamel ini menjadikan sandwic telur tambah sedap dan wangi. Beliau turut berkongsi resipinya. Kalau ada yang nak buat sebagai jualan pun boleh juga.
Cara buat sandwic telur yang sedap, tak jemu makan hari-hari
Bahan-bahan:
1 buku roti panjang & 1 buku roti pendek
7 biji telur rebus – dihancurkan
4 sudu besar mayonis
Daun bawang – dihiris
Bahan untuk bawang karamel:
1 biji bawang
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Cara membuat:
Gaul semua bahan bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu.
Angkat dan sejukkan.
2.Gaul rata telur yang dihancurkan bersama mayonis, daun bawang dan juga bawang karamel tadi.
3. Ambil roti dan sapu dengan adunan telur yang sudah digaul rata dengan bawang karamel. Siap
Boleh juga kalau nak tambah, sayur seperti salad dan tomato.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.
Masalah nyamuk terutama jika banyak memang perlu ditangani cuma kalau selalu gunakan penyembur nyamuk pun tak elok juga.
Selain kaedah semburan atau pengunaan ubat nyamuk sebenarnya ada juga cara semula jadi yang boleh kita gunakan untuk mengelakkan masalah nyamuk.
Gunakan serai dan daun pandan
Cuma layurkan saja dua daun ini atas api sekejap. Waktu ini memang wangi satu rumah. Kemudian hiris halus seperti bunga rampai dan masukkan dalam bekas.
Letak di sudut bilik atau ruang. Menurut Wan Erni Suria yang berkongsi petua ini selepas mempraktikkannya hampir tiga minggu masalah nyamuk berkurang hamper 90 peratus.
EKSTRA
Satu lagi cara adalah dengan meletakkan pokok Jeremin atau pokok lima jari di dalam rumah. Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.
Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.
Dakwat pen kena baju terutamanya warna putih sama ada pakaian sekolah atau pakaian kerja memang buat kita geram.
Kotoran ini kalau dicuci dengan mesin basuh memang takkan hilang, begitu juga kalau diberus atau disental dengan pencuci mahal.
Tapi melalui satu perkongsian video Mahidah Mahali di TikTok, barulah diketahui rupanya ada cara yang mudah sangat untuk menghilangkan kesan dakwat pada baju ini. Caranya hanya menggunakan susu pekat.
Langkah hilangkan dakwat pen guna susu pekat
1. Jika dakwat yang terkena pada baju hanya sedikit, sediakan lebih kurang satu sudu susu pekat dan masukkan dalam mangkuk besar.
2. Kemudian bancuh dengan air hingga susu larut. Guna air biasa saja.
3. Kemudian rendam bahagian terkena dakwat dalam air susu tadi. Rendam dalam satu jam.
4. Selepas itu gosok sedikit bahagian yang kotor dan akan nampak dakwat menghilang.
5. Seterusnya baju tadi bolehlah dibasuh mesin basuh atau cucian tangan.
INFO
Jika dakwat pen kena baju agak banyak dan sudah lama boleh rendam lebih satu jam dan lebihkan susu. Lakukan proses di atas berulang kali sampai hilang.
Cara ini juga boleh menghilangkan kesan darah, pen marker atau cop.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...