Hampir setiap hari kita akan makan hidangan berlemak dan berminyak. Tak mustahil kolesterol pun tinggi.

Supaya tak terjadi masalah lain berkait dengan kolesterol tinggi ada baiknya kita amalkan langkah pencegahan. Lagi elok kalau guna cara semulajadi tak perlu makan ubat.

Antara caranya adalah amalkan air perapan lemon madu seperti yang dikongsi oleh Siti Hasnah AR. Seperti yang ramai maklum buah lemon dan madu itu sendiri memang banyak khasiatnya.

Cara buat stok lemon madu untuk detoks & turunkan kolesterol

Buat Air Stok Lemon & Madu, Kaedah Semula Jadi Detoks & Turunkan Kolesterol. Begini Caranya

Caranya

  1. Ambil 6 biji lemon rendam sekejap bersama air dalam selama 10 minit.

2. Kemudian basuh bersih, potong nipis dan buang biji.

IKLAN

3. Masukkan dalam mangkuk, boleh tambah halia jika suka.

4. Masukkan 300ml madu asli, secubit garam dan 1 senduk gula perang jika suka. Jangan tambah air.

5. Gaul hingga sebati dan masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk, esok hari dah sedia untuk digunakan.

IKLAN

Buat Air Stok Lemon & Madu, Kaedah Semula Jadi Detoks & Turunkan Kolesterol. Begini Caranya

Cara penyediaan

Ambil pati lemon madu ini dalam 2 sudu besar dan tambah air panas, minum sebelum tidur tanpa gula tambahan untuk detoks dan kurangkan kolesterol. Boleh juga minum waktu pagi.

IKLAN

Walaupun perap dengan kulit lemon tapi rasanya tak pahit. Kulit lemon pun banyak khasiat rugi beli mahal kalau buang.

Buat Air Stok Lemon & Madu, Kaedah Semula Jadi Detoks & Turunkan Kolesterol. Begini Caranya

INFO

  • Ada yang tanya tak letak air tapi macam mana nampak penuh balang dengan air. Itu memang air semula jadi yang terhasil dari perapan ini. Sungguh tak tipu. Mungkin ada yang tak tahu bahawa lemon ada air tersendiri ciptaan Allah, bila dah gaul dgn gula dan madu maka terjadi la begitu.
  • Jangan bimbang ini juga tak buat kita sakit perut. Asalkan jangan minum terus air pati sampai sebalang. Itu pati ya, kena campur air.
  • Jika rasa nak letak lemon dan madu saja pun boleh. Jika nak letak stevia, pastikan waktu sediakan minuman, jangan perap sekali sebab boleh hilangkan khasiat stevia. Tapi sebaiknya untuk detoks dan kurangkan kolesterol amalkan tanpa gula tambahan.
Selain itu:  Bukan Nak Galak Perceraian Tapi Nak Suntik Semangat Buat Wanita Yang Tak Bahagia, Wanita Ini Kongsi Kekuatan Selepas Bercerai

Selamat mencuba

Sumber: Siti Hasnah AR

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI