Ramai yang suka membeli barangan di platform online, termasuk barang untuk anak. Salah satunya kasut, maklumlah beli online lagi banyak pilihan. Lagi cantik.
Cuma satu masalah kita bila beli kasut secara online untuk kanak-kanak adalah selalu salah saiz. Rasa macam dah ukur betul tapi silap jugak bila dah sampai.
Jadi sebenarnya macam mana cara betul nak ukur saiz kasut anak kalau beli online. Dikongsi oleh seller kasut sendiri, Zuk Zuhaika ini caranya.
Tip ukur kaki anak untuk beli kasut secara online
Post ini nak ajar macam mana cara betul nak ukur tapak kaki anak jika nak beli kasut online.
Jangan bimbang, kalau betul cara ukur insya-Allah muat. Ini berdasarkan pengalaman jual kasut secara online masuk tahun ke empat dah.
Nak senang ikut cara ini;
Ads
1. Ambil kertas kosong dan letak kaki anak atas kertas. Lukis terus takap kaki anak ikut contoh dalam gambar.
2. Kemudian ambil pita pengukur atau pembaris, ukur dalam ukuran sentimeter atau cm sebab ukuran biasa seller beri adalah dalam ‘cm’ bukan inci. Ambil pada point hujung jari yang paling panjang.
Ads
3. Contoh kaki anak ini 20cm untuk saiz kasut, tambah 1cm saja! Ini bukan beli baju nak tambah 3cm. Beli baju besar boleh pakai tapi kasut kalau besar kena simpan dalam almari la jawabnya.
4. Bagi budak ini ambil saiz 21cm gitu. Mudah kan.
Ads
Cara alternatif
Ok satu lagi cara mudah, katalah anak jenis susah nak bagi kerjasama atau anak tak ada depan kita untuk kita ukur sekarang – boleh guna cara ni.
Caranya, ambil kasut / selipar yang anak pakai (yang muat elok) dan terus ukur jarak terpanjang.
Kalau dah ada saiz kat belakang boleh rujuk terus carta tadi macam gambar di bawah ni.
Sotong phat phet Thai ini memang senang dan hasilnya sedap sangat. Berbaloi cuba. Ia juga lauk dua dalam satu, dah ada lauk dan sayur juga. Kalau hidang satu ini saja pun dah cukup.
Bagi yang suka pedas, sotong phat phet ini akan jadi kegemaran, tambah pula dengan aroma daun limau purut. Lagi buat kita berselera.
Cara buat sotong phat phet Thai
Bahan-bahan
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
Bahan kisar
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Cara memasak sotong phat phet Thai
1. Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.
2. Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3. Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.
4. Kemudian masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
5) Akhir sekali masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api. Boleh dihidangkan.
Hidangan nasi ayam kalau tiada sambalnya memang takkan terasa sedapnya. Sambal nasi ayam atau dipanggil juga sambal cuka ini ini perlu cukup ‘power’ rasa pedas seimbang dengan manis, masin dan masamnya.
Nak hasilkan sambal sebegini haruslah ada caranya. Dikongsi oleh Rohim Ismail, ini resipi sambal nasi ayam yang sedap untuk dicuba. Selain itu katanya sambal ini juga boleh digunakan untuk hidangan lain, nak cicah-cicah pun boleh.
Resipi sambal nasi ayam yang sedap dan tahan lama
Bahan-bahan
10 biji cili besar
1- 2 labu bawang putih
4 inci halia muda
Cuka
Garam
Gula
Cara membuatnya
1. Satukan cili, bawang putih dan halia mudah yang sudah dikikis kulit dalam mesin pengisar.
2. Masukkan cuka sehingga separuh dari bahan-bahan di atas. Kemudian kisar.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kisar lagi hingga hancur atau ikut citarasa. Boleh hancur lumat atau separuh lumat.
5. Kemudian boleh simpan dalam bekas di dalam peti sejuk. Sambal ini tak dicampur dengan air supaya tahan lama. Rasanya seperti sambal nasi ayam The Chicken Rice Shop.
Telur separuh masak! Rasa macam senang saja nak buat, tak perlu tengok resipi tapi hairannya ramai yang selalu gagal.
Kalau tak jadi telur rebus, akan jadi telur yang kurang masak. Susah betul nak dapat telur separuh masak yang ‘perfect’ macam kat kedai tu.
Kalau dah banyak kali cubaan tapi masih tak menjadi maka ikut sajalah 4 langkah dari Wani Mustafa ini.
Nampak senang tapi kenapa tak jadi?
Wani faham antara benda paling susah nak buat, telur setengah masak. Betul kan?
Wani pun mengalami masalah yang sama dulu. Sebab selalu terlebih masak jadi lah telur rebus. Hahahaha! Tapi lepas ikut langkah ini setiap kali buat confirm menjadi.
4 langkah buat telur separuh masak, confirm menjadi!
Sebelum tu make sure telur dalam ROOM TEMPERATURE tau. Kalau simpan dalam peti ais keluarkan dulu bagi suhu bilik baru masukkan dalam periuk.
1. Masak air sampai mendidih (air dalam periuk kena banyak sampai telur betul-betul tenggelam). 2. Tutup api. 3. Masukkan telur dalam air mendidih tadi (periuk jangan tutup). 4. Set timer phone korang 6 MINIT. 5. Siap!!!
Hasilnya…
Pagi pagi tak tahu nak breakfast apa boleh buat telur setengah masak, alahai buat ni tak sampai 10 minit pun, lepas tuh letak lada sikit, kicap sikit ya Allah sedap tahu tak rasa dia. Hahaha!
TIP
Kalau nak tekstur yang berketul-ketul sikit, tambahlah masa jadi 7 minit atau ikut panduan ini.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...